Rabu, 30 Mac 2011
kredit kad oh kredit kad.....
kredit kad or panggilan manjanya cc. sekeping kad plastic yg buat ramai org gigit jari... tp aku suka kredit kad ni, i love cc hehehe. byk yg bleh dibuat dgn cc ni, mana tdk nya kita berbelanja guna duit bank. guna dulu byr kemudian. tp msh ramai yg ter'over' spend, sbb takde disiplin dan pendek akal. pandai blanja pandai ler byr blk, dh bank bg 20 hari free tanpa faedah. opss, 20 hari je ke??? bg mereka2 yg dh tau mesti senyum kambing kat luar sana. meh aku bg tau satu rahsia, rahsia tau... yg sebenar benarnya korang bleh guna cc ni dgn 50 hari tanpa dikenakan faedah. mcm mana? sblum tu korang kene pastikan statement date ,due date cc korang dan paling penting jumlah transakai. ni kira real case study la ye... utk aku, statement date - 24hb pd setiap bln, due date - 13hb pd setiap bln. klau aku blanja pd 24hb march, sepatutnya kene byr pd 13hb april (ada 21hr free). tp ms ni statement blum smpai lg kan? aku blanja lg 14hb april sampai 24hb april (ada 11hr free). tunggu nye tunggu statement pon smpai, tp aku masih belanja lg smpai la 12hb may (ada lg 18hr free). so, 21+11+18=50hr free. 13hb may tu byr la amount dlm statement tu je. klau ikutkan 2 bln gaji baru byr skali hutang cc ni hehehe. confuse??? utk korang, buat la kira2 sendiri yer hehehe. tak paham bleh tanya.....
Ahad, 27 Mac 2011
Overdraft ASB (OD/ASB)
baru2 ni masa kat majlis nikah sepupu, ada ler dengar2 semula citer OD/ASB ni. cer citer cer citer hehehe... lama gak OD/ASB ni senyap sunyi, mugkin sebab BNM dah stopkan utk individu. or tenggelam dek citer emas yg tengah top skarang ni hehe. ok, cam post aku yg lepas... aku ada sentuh pasal OD/ASB tp tak citer dgn sepenuhnya. walaupun BNM dah stopkan OD/ASB ni utk individu, kita masih boleh apply atas nama company. stakat ni blum pernah berjumpa dgn mana2 brader yg dah berjaya buat OD/ASB ni guna nama company. camne nk buat OD/ASB? korang mestilah ada duit dlm buku ASB (dulu utk individu min. RM11K utk buat OD). gi mana2 cawangan PNB, tukar dlm bentuk sijil. pastu gi bank utk ditukarkn kpd OD/ASB. so far RHB and CIMB yg slalu diguna pakai, coz RHB menawarkan 95% dr nilai cagaran dan 90% utk CIMB. cuma yg kurang pasti dokumen2 sokongan, coz blum ada pengalaman lg apply atas nama company. harap sesiapa yg dah berjaya buat atas nama company, bleh la kongsi2 info disini. bg aku OD/ASB ni membantu dlm menguruskan kewangan aku. dgn dispilin yg kuat dan berbelanja di bawah kemampuan, kita akan nampak dgn jelas penggunaan OD/ASB ni. cuma kadang2 ada terjumpa dgn geng ODians ni, ada yg katakan tak bagus dan susah nak laksanakan. terpulanglah, klau korang rasa bleh berdisiplin, kuat iman... buat lah. klau stakat nak cuba2, pastu berbelanja sakan... pastu akaun lingkup, lantak korang lah hehe. sapa suruh tak dengar cakap....
Sabtu, 26 Mac 2011
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Ramai yg ada akaun ASB ni. Nak2 sekarang ni banyak bank menawarkan pinjaman ASB. Dari RM10k hingga la ke RM200k. Korang penah dengar OD/ASB??? Utk aku nilah investment tool yg pertama aku cuba. Kenal OD/ASB ni dr kawan, and buat own research. Try apply ilmu yg aku ada, alhamdulillah dgn displin dan usaha... OD/ASB ni byk buka mata aku pasal financial planning... serasi bg aku, mugkin bukan dgn orang lain... masih blum terlambat utk sembang2 pasal ASB ni. meh kita sembang2 tukar idea & ilmu...
Jumaat, 25 Mac 2011
Salam Permulaan...
dah ada mcm2 blog kat luar sana yg berciter pasal investment tools ni... ce citer ce citer hehe. especially ASB, yg hangat di pasaran masakini GOLD and yg baru2 berjinak dgn forex (mcm sy.. wlaupon lambat nk bertindak hehe). dgn niat murni, sy create another blog yg mana kita boleh share ilmu / info / idea or explore new technics yg mana bleh mendatang keuntungan, of course la hehe... so, bermulanya kita di sini.... sharing is caring
Langgan:
Catatan (Atom)