Pages

Subscribe:

Sabtu, 30 April 2011

bulan yg penuh dgn dugaan...

hari ni 30 april 2011, cukup sebulan keluh kesah bersama forex... mcm2 yg aku dpt blaja, dari segi disiplin diri, kekuatan mental (psycho), money management dan mcm2 lagi ler... start dgn modal USD500 @ RM1500 di awal bulan, close account dgn profit USD100 @ RM300... not bad for the beginner!!! bukan nilai tu yg aku kisah, pengalaman trade 'real account' banyak menyedarkan aku . kita tahu dimana sebenarnya 'kekuatan' diri, tahu berapa kuatnya mental kita.... fuuhhh! dengar mcm mudah, cuba sendiri baru tau bro hehe... kalau aku boleh manage money dgn baik, sabar dgn market, senang2 boleh dapat profit USD1000 @ RM3000 bln ni. percaya atau tidak, itulah yg seorang trader kene telan, terima hakikat. Money management... perkara yg perlu aku tekankan masa ni. perlu lebih expert dlm hal ni... bln depan ujian akan lagi berat bagi aku, insya'Allah aku akan terus berusaha. perjuangan masih belum selesai....

Jumaat, 29 April 2011

mental seorang trader

bab ni yg susah skit kawan nak citer... sentuh bab mental ni, banyak perkara yang bermain main kat kepala otak semua. korang jgn ingat ni sakit mental plak, tu lain citer nye bro hehehe... bagi seorang trader, lemah or kuat nye mental akan teruji bila mana lost sesuatu trading or dah buat profit tp tak tau nak berhenti (hehehe... yg ni slalu jd kat aku). profit usd200 per week dah cukup bagus bg seorang beginner, mcm aku ler. tp sebabkan tamak haloba diri, dlm sekelip mata akan bertukar kpd lost, lost yg mungkin korang sendiri tak kan percaya. byk ilmu/pengalaman aku blaja seminggu dua ni.... yang penting mental kene tenang masa trading. fokus... fokus... fokus... masuk market bila betul2 kita yakin, keluar market bila masa kita rasa yg sepatutnya. biar kan market masih berjalan (bull/bear), jgn kita menyesal kemudian... mental kene kental bro... jiwa kene kering... hehehe

Isnin, 25 April 2011

hala tuju EUR/USD...

lepas meroket selasa & rabu minggu lepas, stop kat level 1.4560 pd hr jumaat. klau ikut kat RSI masih tunjuk arah bull lagi. kembali dlm bullish channel dlm daily TF... agak2 mana ler arah tuju nye esok??? ikut ilmu nujum pak belalang aku hehe, EU masih dlm bullish trend. psycho level 1.4700 perlu diberi perhatian. cuma analysis aku jer, TP pd level 1.4700 akan jd kejayaan aku pd bulan ni. klau korang nak ikut terpulang ler, apa2 pon risiko sendiri tanggung arrr... harap minggu dpn akan lebih baik dr minggu lepas. slamat membuat profit... 

Sabtu, 23 April 2011

emas naik harga

minggu lepas harga emas meroket dan terus meroket... meroket tanpa henti hingga cecah usd1500 per oz. ramai ler senyum sampai ke telinga hehe. mana tak nye, bila harga meroket dah tentu harga emas naik kan... bil harga naik, dah tentu bleh overlaps kan emas yg ada kat ar-rahnu tu kan.... bila overlaps, masyuk la poket korang kan hehehe. jgn korang ter'overlaps' dah ler, kang ada plak yg tercekik hehehe. bg yg suam2 kuku pasal overlaps ni, cari ler lagi ilmu yg berkaitan. aku tengok byk betol otai2 emas ni buat class. klau ada masa pergi ler, gi dengar2. dah dengar, paham2 kan... dah paham cuba2 la yer hehe.... susah2 sangat ko cari group2 emas dlm facebook or dlm forum2, mcm2 ilmu yg diorang ajar. cakap byk pon tak guna, kita tengok lepas ni camne hala tuju emas ni lagi. pd aku emas ni sesuai utk long term investment... fikir2 kan

Rabu, 20 April 2011

pasang surut dalam forex

yg ni biasa berlaku, kekadang untung kekadang rugi. kalau tak takde la dinamakan investment... tp camne nak minimumkan kerugiaan, tu yg kita perlu titik beratkan. lepas berhempas pulas isnin lepas, aku lost lebih kurang 60pips dlm trading aku. ni aku jadikan tauladan, pengalaman yg penuh makna... coz klau tak aku tak tau mana silapnye aku. syukur hari ni buat aku senyum lebar, dr lost aku bangun semula. kita tahu mana tahap kemampuan kita... so, layan dulu pic kat bawah ni. take profit pd 69pips tu buat aku bangga... usaha terbalas jua akhir nye...


Ahad, 17 April 2011

mari membaca...

sejak setahun yg lepas minat membaca ni makin jadi2 plak. perubahan yg ketara pd diri aku, gara2 financial planning & peluang2 investment yg ada. bagi aku ni satu perubahan yg positif, lagi2 bertambah gila membaca bila start involve dgn forex trading. dlm pd tu aku byk juga baca buku pasal properties investment, terutamanya pasal rumah lelong. mungkin sedikit terpengaruh dgn sorang jutawan hartanah ni (http://www.pie2020.com/), walaupon tak kenal mamat ni tp aku slalu baca blog dia. tabik sprig sebab dia berani share ilmu dan teknik2 nak jual beli rumah lelong ni. buku Azizi Ali antara yg aku minati, byk memberi perangsang dlm tulisan beliau. apa2 pon perjuangan dlm forex tetap diteruskan, practise make perfect. target aku nk jd full time trader... forex!!! here we gooooo... hehehe. bagi aku ilmu ni tak akan habis di telan zaman, tak rugi klau kita membaca untuk tambah ilmu di dada... selamat membaca

Khamis, 14 April 2011

Demo Vs Real Account

bagi pemorex, kebanyakkan akan start dgn demo akaun ni dulu. kene biasakan diri dgn market dan faham cara nak trading ni. aku pon salah sorang le, naik kemaruk depan laptop... bak kata sifu aku tak tgk satu hr takleh tido malam wooo... beto la pe dia cakap tu hehe. cakap pasal demo and real akaun ni, aku rasa ada skit perbezaan. dari segi market dan mental kita. klau tak kuat semangat, mental lemah jgn2 ler tarde guna real akaun ni. practice ler guna demo dulu, sampai betol2 konfiden (aku dulu pon hentam jer, langgar pantang sifu hehe). mana tak nye, kita open posisi BUY market tetiba plak SELL goyang gak dibuat nye. tapi tu ler dunia forex, mental kene kuat hati kene cekal hehe. analysis amat amat ler penting sebelum masuk market. baca2 ler berita skit (fundamental), buat skit kira kira hehe... apa2 pon yg dah start dgn real account, selamat membuat duit. utk yg trade dgn demo lg, practice make perfect tu bro... bg yg blum start memorex, memang susah la aku nak terang kan hehehe... chow

Sabtu, 9 April 2011

Pelaburan Emas

kenal dgn pelaburan emas ni dr kawan. cuma baru2 ni berkesempatan menghadiri beberapa seminar pasal emas ni. klau korang ada masa pergi ler, tak rugi pon. ada seminar yg free (intro jer tu hehe) dan ada yg berbayar. utk aku bagus sebab boleh dedahkan kita pasal emas, satu lg pilihan utk investment. serba sedikit, pelaburan emas ni bg aku long term investment. nk cepat pon bleh, beli masa murah jual masa harga mahal... samada kita beli jongkong/dinar or barang2 kemas or buka buku pelaburan emas... terpulang lah kat korang. klau korang tak nak melabur pon takpe, beli la sedikit emas utk dibuat simpanan. cuba simpan selama mana yg boleh, satu hr korang akan teruja dgn sendirinya bila korang pajak / jual emas tu nnt. boleh selak2 kat link yg aku sediakan...

Rabu, 6 April 2011

Forex dan Aku

Forex ni memang dh lama wujud aku jer yg lambat bertindak hehe... dah lama tahu, cuma tak pernah jumpa dgn sifu2 forex secara face to face. bermula dari satu seminar emas (jutawanemas), kat situ ada blaja pasal baca carta emas. bila sembang2 dgn geng2 emas ni, rupa2nya blaja baca carta ni pon basic dr ilmu forex. makin meluap2 le semangat nk blaja... berguru dgn sifu paad (melakafx) & cottage (bicarajutawan) dan melalui perbincangan dgn beberapa rakan yg sealiran, aku didedahkan dgn dunia forex yg sebenar. betol kata org, forex ni bleh buat kita kaya... dgn syarat kita bleh buat profit la hehehe... mcm2 buku forex aku baca, mcm2 cara dan skill yg aku blaja. target aku dlm 2 tahun ni nak jadi full time trader. kalau org bleh buat, kenapa tidak aku??? utk korang terpulang ler, aku tak paksa nk ikut pon... ikut cara masing2 lah kan, tak kisahlah korang nak invest kat mana. tujuan dan matlamat kita sama, financial freedom...

Sabtu, 2 April 2011

rancang perbelanjaan...

rancanglah perbelanjaan anda supaya tak tercekik hujung bulan hihihi... ni benda basic dlm menguruskan kewangan kita. klau boleh belanja lah di bwh kemampuan kita, klau mampu pakai BMW5 series... pakai lah yg 3 series (petikan kata2 Azizi Ali). buatlh skit kira2 dan rekod perbelanjaan anda, supaya kita tau kat mane yg dh over spend. klau dulu org2 tua guna buku '555' utk rekod belanja/hutang, kita pon bleh amik contoh ni. gunakan buku '555' ni salah satu cara yg paling simple dan mudah.rekod brp income korang, brp dh belanja dan brp duit baki hujung bln korang. korang rekod lah utk 4-5 bln. sebenarnya cara ni melatih kita monitor duit kita, insyaallah korang dgn secara automatik nyer akan jd lebih prihatin dgn duit2 korang nnt...