Pages

Subscribe:

Jumaat, 23 Mac 2012

diam-diam ubi berisi

mesti korang pernah dengar pepatah ni kan 'diam-diam ubu berisi'... korang tahu apa makna nye tu? meh den bagitau ek... jawapan nye den lah tu hahahaha. jangan marah abg2 der & kak2 der sekalain, sajo ambo wak lawak sket... lama tak menulis rindu bebeno rasa di sanubari ni :).

diam-diam aku pon bukan sediam yg disangka. aku sibuk mendalami ilmu2 dlm CPO ni, bidang baru yg akan aku ceburi. dlm [ada masa yg sama juga mendalami dan meneruskan mempelajari selok belok duni Forex. yesss forex dah diwartakan haram, jadi adakah salah aku mempelajari ilmu2 berkaitan Forex ini? jawapan aku tidak sama sekali. bukan sebab aku menentang Fatwa sedia ada, tetapi bg trader2 diluar sana pasti faham ilmu Forex itu juga diguna pakai di dlm CPO.

3 minggu sudah ada menghadiri satu kelas (lebih muda menamakannya 'sesi coaching') yg dianjurkan oleh saudara Matt, korang bleh cari dia di dlm FB dgn nickname 'Tuan Penjejakx'. yg mana aku klasifikasikan sesi aku ini berjaya. yelah mugkin aku sudah punyai basic forex sebelum ini, cuma dlm sesi ini aku mendalami dunia sebenar CPO. makin terbuka 'lapangan perang' di depan mata rupa-rupanya, byk peluang yg terbentang tapi gagal utk aku lihat sebelum ini.

dr sesi coaching aku didedah kan dgn broker2 yg ada di Malaysia, di ajar cara2 memahami market CPO (melalui chart), stratergi masuk market utk buy/sell. pendek kata.... tu belum panjang lg yg berkata-kata hahahahahaha. 1-2 mggu ni giat aku trade (secara demo/paper trade) utk memastikan teknik aku selari dgn market. so takdelah lain kali bila aku beli org jual, aku jual org beli pulak hehehe... fuhhh nampak complicated sgt ker brooo? tak sebenarnya, tak jika kita punyai ilmu yg betul :). so buat newbie dlm CPO ni mari sama2 kita berniaga, buat otai2 mohon tunjuk ajar agar tidak sesat ditelan 'arus' hehehe.

aku masih seorang trader. dulu dlm Forex, kini.... insya'Allah jika tiada aral bulan April ini akan memulakan 'bisnes' aku dlm CPO.

Sabtu, 3 Mac 2012

forex ke cpo... masih seorang pedagang

Salam santai... yezaaaa, apo khoba (khabar) kengkawan? dua mggu lepas terkejut dgn fatwa pasal forex adalah haram, apa2 pun persoalan fatwa ini sudah pun diwartakan. senyap sebentar dr dunia forex, aku ambil kesempatan menghadiri satu kelas coaching mengenai cpo atau lebih biasa fcpo. menarik, satu ilmu baru yg aku pelajari.

forex tetap aku tak lupakan, malah masih terlibat lg. wowowwww... jgn fikir bukan2 dulu brader2 & kakder2 sekalian hehehehe. aku masih lg meng'join'kan diri dlm sesi pembelajan forex ni, tp bukan dalam trading. kalau trade forex haram, apakah ilmu yg ada ni terpaksa dihentikan setakat itu sahaja kan? perlu faham, apa yg aku peljari ni lebih pada teknikal analisa, belajar cara2 memahami market itu seadanya. so adakah ia haram juga? wallahu'allam... siapalah aku utk menetukan hukum2 ini :)

teknikal forex hampir sama dgn teknikal cpo, byk yg sama (mcm cs, indi & etc... yg ni trader2 je faham ni hehehe) cuma aku perlu pandai sesuaikan dgn market itu sendiri. alhamdulillah... baru2 ni ada terima satu email dr broker cpo, dlm 2-3 hr ni akaun aku akan di activate. so dah bleh training ler trade cpo ni hehehehe... sedikit pon semangat aku tak paah dgn fatwa yg dikelurkan tu. klau forex haram, adakah segala2 akan haram? tidak sama sekali kan, so inilah altenatif aku.

harapan masih harapan, impian tetap impian. biar cepat atau lambat, azam aku perlu ditunaikan. aku pernah nyatakan yg perlu 2 thn untuk menguasai forex dan menjadikan salah satu sumber rezeki tetap aku... nampaknya sedikit tercalar dgn perkara yg tak didugakan. ada hikmah di dalam sesuatu perkaranya. kalau tidak maskan aku akan empelajari cpo secepat ini. Aku Seorang Trader cerita mengenai aku sendiri, cerita benar suka duka aku di dalam dunia trading ni. nampaknya kalau seblum ni byk cerita berkisar forex, lepas ni akan ada pula cerita mengenai cpo hehehe.

stakat ni ler pengenalan dr aku... dr forex ke cpo. insyaAllah segala perjalanan aku dlm dunia trading amnya dan cpo khususnya akan aku catat. so... jgn lupa baca kisah2 aku dlm Aku Seorang Trader. hingga jumpa lg....