Alhamdulillah... Ku panjatkan syukur pd Allah S.W.T, tuhan yg maha esa dan Dia jualah pemberi dan pembuka rezeki di seluruh alam semesta. Hari ni aku menerima 'rezeki' dr Illahi yg tak ternilai nilainya. Lama diperam blog aku ni, sibuk dlm mengatur kembali kehidupan dan pelaburan sedia ada. Dan aku bersyukur masih berkesempatan utk mencoret sebaris dua ayat buat teman2....
Mungkin ada yg berkata-kata 'org buat blog kau pun nak buat, tp tak updated....'. Akur, aku akur. Tapi aku bukanlah se'fulltime' mcm sesetengah blogger yg ada. Aku masih bekerja mkn gaji, masih juga seorang trader... not full time but sometime :). Memetik kata-kata guru forex aku, kenapa perlu aku berhenti sedangkan trade aku dlm keadaan terkawal dan belum pasti apa yg mungkin terjadi jika aku memilih menjadi full timer.
Matlamat blog ni masih seperti asal, blog ni sebagai diary (jurnal) aku dlm menceburi dunia perdagangan dan pelaburan. Asalnya sekadar jurnal utk 'koleksi' sendiri dan sebagai rujukan, tp aku sengaja dedahkan pd teman2 semoga peroleh ilmu dan pengalaman secara tak langsung juga. Ya aku masih seorang pedagang atau kebiasaan org menyebut trader, sejak mula terjun ke dlm market di awal tahun 2010 aku masih dahagakan ilmu yg ada. Pasang surut dlm market asam garam buat trader, dan sedikit pun tidak melemahkan malah mematahkan nafsu aku dl dunia trading.
Jika diizinkanNya dan tiada aral aku akan mulakan semula jurnal aku dlm dunia trading sepetri biasa. Disamping mula berjinak-jinak dlm dunia saham. Satu pengalaman baru dan aku teruja utk mendalaminya dgn sedalam-dalamnya. kenapa aku memilih tajuk post ni REZEKI, SYUKUR & AMANAH. Tujuannya utk aku malah buat teman2 merenungkan diri kita, dr rezeki yg diperolehi, dr kesyukuran yg dipanjatkan dan dr amanah yg dipikul... adakah kita telah melaksanakannya dgn ikhlas dan telus. Mari kita renungkan bersama-sama. Semoga ada hikmah disebalik tiap-tiap kejadian itu.... Wallahualam
Jumaat, 5 Oktober 2012
Rezeki, Syukur & Amanah
Langgan:
Catatan (Atom)