Pages

Subscribe:

Khamis, 26 Januari 2012

back to bizznesss....

salam santai... wah lama tinggal blog ni, langsung tak jengah dlm 2 mggu ni... rinduuu bangat rasanya :). pe habaq hangpa2 smua?... aku? mcm ni jerlah, yg janggal nyer cuma 2-3 kali je dlm 2 minggu lepas ni layan market. tu pun tengok jer, tanpa ada perasaan pon hehehehe... busy sesangat derrr, byk urusan yg nk dibuat.

dlm pd tu aku terima satu message dlm inbox FB, dr cikgu kamal (benar donggg ???) menanyakan khabar aku. terharu rasanya, wat teman2lain yg sealiran jgn jeles aaaaa.... hehehehe :). insyaAllah akan kembali aktiv dlm komuniti dlm bln februari ni semula... mau nyer, tangan ni dah start gigil2 coz dah lama tak trade tu. malam2 tido pon kene kacau ngan bunyi market... fuhhh lambat laun korang tau ler camne prasaan nyer nnt.

yg terkini dan terbaru lg sensasi nyer, aku baru masuk ar-rahnu lg. let go 80gram 'ikan keli', yg ni pon JV secara tak langsung hehehehe. emas kembali diparas landai setelah berhempas pulas berada di puncak sejak hujung thn lepas. ramai yg tanya, mugkinkah akan kembali naik seperti dulu (sekitar bulan 8 ke 10 thn lepas) atau mungkin lebih tinggi... jawapan aku tetap tak tahu. sebab bukan aku yg control natang omeh ni hahahahaha. aku pon cam korang jer wey, yg lebih nyer aku ikut rapat sket En. Soros tu... tu aje :P.

hari ni ada terbaca kat fan page FB pasal sorang brader ni, katanya dulu modal usd1,000 jer la ni dah meningkat ke usd46,000... woowwwooo banyak tu, pakcik kayo!!! ni yg bakar lg semangat nih, kalau dia boleh mengapa aku tak boleh. kalau dia bleh jana sebanyak tu, aku yakin akan buat lebih dr tu. korang yakin tak??? mana mugkin pak... kalau keyakinan tak ada susah ler nak bina keyakinan diri hehehe.

2012 ni thn utk kumpul modal... thn utk 'mati'kan hutang2 yg tak perlu. bila dh ada modal tak kira apa jua bisnes atau urusan akan lebih mudah dilaksanakan. ada betul...? :)

Ahad, 8 Januari 2012

Aku Seorang Trader: Siri 7

semakin selesa dgn trading style yg satu ni, confident level dah makin tinggi. tu pun dek kerana latihan yg bertubi-tubi di akhir2 thn yg sudah. benar aku 'musnah'kan satu lagi account forex yg sedia ada :P. di waktu ni aku mempunyai 2 account forex dgn 2 broker yg berbeza. yg pertama aku buka diawal thn manakala account yg kedua aku buka setelah mengikuti satu komuniti forex yg aku rasakan antara yg terbesar di negara ini.

cikgu selalu pesan mahirkan dulu guna demo account sebelum berarah ke real account. tp biasa lah kan kita ni manusia biasa, sedikit rasa geram dan gelojoh dlm diri ni hehehe... yg terbaru aku dh letupkan account mini aku, USD250. mana taknya bila aku berlatih dgn real account aku berasa serius dan berdebar-debar bila masa trading. perasaan ini yg tidak ada semasa guna demo account. tp alhamdulillah dgn usaha yg tak putus ini aku mampu menguasai ilmu yg ada (walaupun masih muda dlm perjalanan forex aku). dan kini aku mampu mengawal emosi dan meningkatkan keyakinan diri aku dlm forex.

thn 2011 merupakan thn yg penuh pancaroba, di thn ini jua lah aku mengenali forex dgn mendalam. kredit buat saudara shufaad, bro amirul dan buat cikgu kamal. mereka antara insan2 yg bertanggungjawab membawa aku menyelami dunia forex. mengajar aku meredah lautan forex... mengajar bertindak bilakala ombak besar menyerang sementara aku melayari lautan forex ini. thn 2012 adalah thn yg sebenar utk berdagang, segala urusan 'perniagaan' aku dlm forex akan teruji pd thn ini. sehebat manakah bisnes aku dan sehebat manakah utk aku buat duit dlm forex???

bila kita belajar, kita perlukan seorang guru. bila kita berilmu, kita perlu diuji utk membuktikan sejauh mn ilmu itu. dan dlm forex, ujiannya sudah tentu seberapa byk kita boleh but duit. inilah ujian sebenar aku... matlamat aku jelas, aku ingin 'berniaga' dlm forex. betul aku juga akan tumpukan 2-3 pelabuarn yg lain juga, tp forex yg paling utama diantaranya. buat traders mereka sudah tahu, 95% dr golongan forex itu adalah org2 yg gagal menempuh arus forex ini. hanya sebilangan 5% sahaja yg berjaya melepasinya. aku mahu berada di dlm kelompok 5% ini... dan aku yakin akulah salah seorang dr mereka.

lambat atau cepat itu satu perkara,  tapi jika kita ada minat dan usaha serta tak putus2 berjuang utk maju itu yg palinh utama. benar forex belum membuahkan hasilnya buat aku, tak mengapalah kerana aku percaya akan tiba masa dan ketikanya stu hari nanti forex akan aku kuasai dgn mudah. buang jauh2 sifat mudah putus asa ini, jika account pertama gagal aku akan buka yg kedua. jika kedua masih gagal aku akan buka yg ketiga pula... dan seterusnya hingga aku berjaya. betul ilmu dan pengalaman itu bukan murah, inilah yg perlu aku bayar utk berjaya.

permulaan tahun ini, minggu lepas aku ada mengikuti market. dgn teknikal analisis yg dibuat aku punyai andaian kuat yg market EU dan GU akan jatuh. benar analisis aku itu, dan hasilnya aku senyum melebar bila aku semak kembali mrket pd jumaat mlm yg lepas. jika diunjurkan agak2 nya 400 pips dlm tgn tu hehehehe. insyaAllah dlm masa terdekat ni aku akan nasukkan semula fund dlm account forex aku. kali ini fund yg ada agak besar, jika mengikut segala perancangan thn ini thn aku memulakan 'perniagaan' aku dlm forex... kita hanya merancang, tuhan yg akan menentukannya, InsyaAllah...

Selasa, 3 Januari 2012

update buku

Salam santai... apa cerita ni, pagi2 ni dah terpacak depan pintu bank hehehe. maklumlah hari ni dah 3hb kan, hari pertama buat kaki2 ASB update buku... nak tengok berapa dviden + bonus yg dapat. yaahuuuuu... pakcik kayo hehehehe. apa2 pun jgn kita lupa mengucap syukur kp Allah kerana rezki yg diterima.

ok, bonus dah ada. buat penerima bonus yg kerja mkn gaji mcm aku (aku pun tak tau lg ada ke tak bonus thn ni :P) ditambah pula dgn bonus dari pelaburan kita, mak oiii dlm setahun dapat 2 kali bonus tu. Woowwii sapa nak bagi kan hehehehehe. ni lah kan, tak susah mana pun nak labur dalam ASB ni mcm2 cara ada tapi masih ramai yg aku kenal masih samar2 tentang ASB ni. agak sedih sebab pelaburan ni terbuka hanya buat bumiputera, tapi ada lg yg belum nampak apa kelebihan yg ada pd ASB.

bila dah ada duit tu jgn lupa, jgn enjoy yg bukan2 der... ingat dr dividen tu boleh tambah lg pelaburan yg sedia ada. sama ada kita biarkan sahaja kat dlm ASB tu, atau pun melabur ditempat lain atau pun melabur dlm emas & perak terpulanglah. yg penting dividen yg dapat tu adalah bonus diatas usaha pelaburan kita. faham2 aje lah di awal2 thn ni memang banyak nak guna duit lebih2 lg buat yg sudah punyai anak2 yg bersekolah.

aku belum lg pergi update buku ASB, bagi aku cepat atau lambat update duit bonus yg ada akan digunakan hanya bila perlu. byk yg dah aku rancang sempena thn baru ni. perlu disemak kembali pelaburan emas aku tahun sudah, perjalanan forex aku perlu dikaji semula... insyaAllah thn ni akan ditambah melabur dlm KPF (nilah kelebihan anak FELDA), cuba memaksimumkan ASB yg sedia ada. ditambah lg perancangan utk masa hadapan keluarga, akan melibatkan isteri dlm satu dua pelaburan yg sedia ada :)

dlm pelaburan ni tak terbatas utk sesuatu pelaburan sahaja, terpulang kepada individu dan potfolio kewangan masing2. kadang2 nak bg nasihat pun bukan senang, sebab lain org lain keadaan kewangannya. yg boleh aku buat hanyalah beri satu dua cara, cuba membuka jalan yg selama ni mungkin ramai yg tahu tapi tak pernah ambil peduli. kadang bila peluang depan mata ni kita perlu cepat ambil peluang, paling penting kita buat biar pun lambat atau cepat. sekurang2 nya dapat juga merasa hasilnya nanti... bak kata pepatah biar putih mata jgn putih tulang. alang2 menyeluk biar sampai sampai lengan, alang2 mandi biar basah... alang2 melabur biar sampai berhasil.

oklah sembang2 kita sampai sini ajelah kali ni... yg ni sembang2 pembukaan thn baru hehehehe. yg mengikuti perkembangan trading aku, nantikan siri terbaru Aku Seorang Trader. segala perjalanan 'real' trading aku akan dikongsi bersama.... chow :)

Isnin, 2 Januari 2012

tahun baru... azam baru... buku baru...

Assalamualaikum... salam santai, salam tahun baru. rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan selamat thn baru buat warga sembang santai khususnya dan buat semua. Alhamdulillah selesai sudah 'sibuk' aku 2-3 minggu ni, ada sesuatu yg 'special' buat aku perlu dilaksanakan. syukur semua selamat dan berjlan seperti yg dirancangkan walaupun segala-galanya dirancag dlm pd waktu yg singkat.

aku juaga seperti korang, mempunya cita-cita dan azam, punyai impian di dlm hidup. seperti biasa setiap kali tiba thn baru, bederet-deret lah list yg nak 'di'list'kan hehehe... tp pernah ke kita terfikir atau cuba mengingati senarai2 'wish liast' kita tahun sebelumnya. adakah dah tertunai semua impian/azam kita, adakah kita berjaya melaksanakan dgn jayanya, adakah berbaloi azam kita tu.... renung2kan lah yer :)

bagi aku mudah, mudah buat thn ni. impian aku memperbaiki diri, kewangan, pengetahuan aku... berazam maju dlm bdg trading aku... dan paling utama membuka 'buku baru' dlm lembaran hidup aku, segala-galanya utk 'hati baru' aku.... :). simple & mudahkan jer bunyi nyer, tp itulah cabaran utk aku thn ni. so, mcmne ngan korang? aku percaya korang dah ada pun list2 korang sendiri kan, sama seperti aku korang juga punyai impian utk laksanakan dgn jaya utk sempena thn baru ni kan... good luck :)

jika sebulan kebelakangan ni aku tenggelam timbul dgn tulisan aku, di thn baru ini aku akan cuba menulis sekerap yg mungkin. akan cuba berkongsi segala ilmu yg ada utk memertabatkan bangsa aku sendiri, tak ke mana ilmu ni kalau aku tidak berkongsi. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Nya. semoga keikhlasan aku ni diberkati, aku benar2 ikhlas, aku benar2 ingin sama mengajak teman2 semua maju... Haiya alla Fallah!

rasanya... sampai setakat ni buat kali ni, semoga menjadi permulaan yg baik utk kita buat thn baru ni. aku akan update trading aku sebanyak yg mungkin, thn ni aku akan serius dlm trading, aku akan kembang kan 'bisnes' aku ni. trading is trading... business is business, nothing else. once trading, forever trading :)