semakin selesa dgn trading style yg satu ni, confident level dah makin tinggi. tu pun dek kerana latihan yg bertubi-tubi di akhir2 thn yg sudah. benar aku 'musnah'kan satu lagi account forex yg sedia ada :P. di waktu ni aku mempunyai 2 account forex dgn 2 broker yg berbeza. yg pertama aku buka diawal thn manakala account yg kedua aku buka setelah mengikuti satu komuniti forex yg aku rasakan antara yg terbesar di negara ini.
cikgu selalu pesan mahirkan dulu guna demo account sebelum berarah ke real account. tp biasa lah kan kita ni manusia biasa, sedikit rasa geram dan gelojoh dlm diri ni hehehe... yg terbaru aku dh letupkan account mini aku, USD250. mana taknya bila aku berlatih dgn real account aku berasa serius dan berdebar-debar bila masa trading. perasaan ini yg tidak ada semasa guna demo account. tp alhamdulillah dgn usaha yg tak putus ini aku mampu menguasai ilmu yg ada (walaupun masih muda dlm perjalanan forex aku). dan kini aku mampu mengawal emosi dan meningkatkan keyakinan diri aku dlm forex.
thn 2011 merupakan thn yg penuh pancaroba, di thn ini jua lah aku mengenali forex dgn mendalam. kredit buat saudara shufaad, bro amirul dan buat cikgu kamal. mereka antara insan2 yg bertanggungjawab membawa aku menyelami dunia forex. mengajar aku meredah lautan forex... mengajar bertindak bilakala ombak besar menyerang sementara aku melayari lautan forex ini. thn 2012 adalah thn yg sebenar utk berdagang, segala urusan 'perniagaan' aku dlm forex akan teruji pd thn ini. sehebat manakah bisnes aku dan sehebat manakah utk aku buat duit dlm forex???
bila kita belajar, kita perlukan seorang guru. bila kita berilmu, kita perlu diuji utk membuktikan sejauh mn ilmu itu. dan dlm forex, ujiannya sudah tentu seberapa byk kita boleh but duit. inilah ujian sebenar aku... matlamat aku jelas, aku ingin 'berniaga' dlm forex. betul aku juga akan tumpukan 2-3 pelabuarn yg lain juga, tp forex yg paling utama diantaranya. buat traders mereka sudah tahu, 95% dr golongan forex itu adalah org2 yg gagal menempuh arus forex ini. hanya sebilangan 5% sahaja yg berjaya melepasinya. aku mahu berada di dlm kelompok 5% ini... dan aku yakin akulah salah seorang dr mereka.
lambat atau cepat itu satu perkara, tapi jika kita ada minat dan usaha serta tak putus2 berjuang utk maju itu yg palinh utama. benar forex belum membuahkan hasilnya buat aku, tak mengapalah kerana aku percaya akan tiba masa dan ketikanya stu hari nanti forex akan aku kuasai dgn mudah. buang jauh2 sifat mudah putus asa ini, jika account pertama gagal aku akan buka yg kedua. jika kedua masih gagal aku akan buka yg ketiga pula... dan seterusnya hingga aku berjaya. betul ilmu dan pengalaman itu bukan murah, inilah yg perlu aku bayar utk berjaya.
permulaan tahun ini, minggu lepas aku ada mengikuti market. dgn teknikal analisis yg dibuat aku punyai andaian kuat yg market EU dan GU akan jatuh. benar analisis aku itu, dan hasilnya aku senyum melebar bila aku semak kembali mrket pd jumaat mlm yg lepas. jika diunjurkan agak2 nya 400 pips dlm tgn tu hehehehe. insyaAllah dlm masa terdekat ni aku akan nasukkan semula fund dlm account forex aku. kali ini fund yg ada agak besar, jika mengikut segala perancangan thn ini thn aku memulakan 'perniagaan' aku dlm forex... kita hanya merancang, tuhan yg akan menentukannya, InsyaAllah...
Ahad, 8 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 Komen:
Salam En.Angah Peruz... I would like to see your entry setup for EU and GU just like you say... I'm still confuse to analyze like you did.. xD.. perhaps you can post a picture so i can figure out how to apply to my chart.. thx
soryy for late reply, just come back frm my 'sweetmoon' hehe. emmm... where should i start. ok, do u think entry more important from the market trend? (borrow my guru's word :P)
Catat Ulasan