Lama ku diamkan diri dari market FCPO, satu dunia
baru buatku. Membiarkan rajukku reda. Bukan dek kerna kecewa tewas bertempur di
medan FCPO, padaku untung rugi jatuh bangun itu adat. Tak sekelumit pun terbit
rasa sesal dihati. Kecewaku bersebab… lantaran dari satu persahabatan, satu
kepercayaan dalam mendalami dunia FCPO, telah dirobek oleh sikap manusia itu
sendiri. Keikhlasan dan kepercayaan dibalas dengan penipuan.
Masa kan tidak, bila bicara soal duit ni pak haji
yang berserban pun boleh bergoncang iman didada. Biar cuma modal ku hanya selot yang dilabur, tapi terkilan dengan modal rakan-rakan lain. Malah ada
dikalangan mereka yang benar-benar mengharapkan keuntungan dari cpo ini untuk mula
bertapak sendiri. Tapi… harapkan pagar, pagar makan padi.
Buat diriku tiada kisah yang indah-indah dalam
dunia cpo ni. Bermula dengan modal RM6,000 aku sudah begelar sebagai FCPO
trader secara rasminya. Ya… dari bulan March 2012 hinggalah saat ini, aku masih
lagi pedagang cpo. Walaupun banyak pahit dari manis. Tapi masih utuh bertahan, cuma
rajuk je yang masih terasa :P.
Disaat-saat bahagia pernah aku peroleh keuntungan
sekitar RM3000 seminggu. Ku sangka hujan sampai ke petang, dalam pada suka itu
terlupa yang duka amat mudah dijemput. Tak sehebat saat bahagia, saat duka lagi
dahsyat. Sehari dalam sekelip mata pun boleh rugi sekitar RM5,000… aduhhh cpo
oh cpo. Itulah realitinya cpo… besar modal besar untung makin besar jugalah
risikonya. Yang akhirnya berbaki RM2,000 je akaun pertama ku ini.
Pun tak mematahkan semangat ku lagi hehehe… kali
ni aku buka lagi akaun berasingan menggunakan broker berbeza, dengan nilai
akaun RM10,000. Dengan akaun nil ah aku teruskan perjuangan menongkah arus cpo…
agak lama bertahan dengan pasang surutnya duit yang ada. Cuma terkadang tak
dapat memasuki pasaran sekerap yang mungkin kerana terbatas oleh kerja makan
gaji ku.
Sehinggalah…….. jumpa lagi disiri yang lain :)
0 Komen:
Catat Ulasan