"saudagar intan belian..." tu ayat dr filem p. ramlee hehehe. kebelakangan ni aku aktif dlm urus niaga jual beli emas ni (secara kecil2, urus niaga dgn kenalan terdekat). tiada niat pon nak jd tokey emas ni, klau memang rezki kat situ aku trima jer dgn ikhlas der hihihi...
bermula dgn simpan emas utk pelaburan, minat ni makin bertambah plak. slalu contact dgn mana2 rakan yg kongsi minat yg sama, betukar-tukar idea dan ilmu. mcm aku cakap sebelum ni, tujuan aku terlibat dlm emas ni utk tambah cabang pelaburan yg ada. smua sedia maklum dgn harga emas yg agak melambung dlm 3 minggu ni... rata2 aku tgk ramai di antara rakan2 yg lain juga aktif dlm menambah koleksi masing2 hehe...
trading aku slowkan skit di bln puasa ni, yer lah mlm2 mengerjakn solat terawih. kdg2 byk news yg terlepas, utk tidak mendedahkan diri yg macho ni dgn risiko sedia ada aku hanya akan trade bila benar2 yakin je... tak kiralah apa jua yg kita nak buat, kalau ada ilmu dan kita rajin usaha insyaallah adalah habuan nye nanti. so pd aku, slagi berilmu ni aku akan cuba pe jua peluang yg terbentang dihadapan mata. pelaburan memang ada risiko, kalau tak brani nak tempuh korang duduk jer diam... dgr org citer, jgn bising hehehe...
bermula dgn ODASB, aku jinak2 dgn loan ASB... terjun ke dunia trading, dan kini menceburi bidang emas pula. esok lusa siapa yg tahu... ku hanya mencuba dan pandang kehadapan, hanya merancang tuhan yg menentukan smua nya kan. so... ambil pluang selagi ada. andai korang juga sama minat dgn aku, contact aku jom kita sembang2. seronok bila ada rakan sealiran ni.... :)
Sabtu, 13 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan