Pages

Subscribe:

Sabtu, 10 September 2011

Aku Seorang Trader: Siri 1

Assalamualaikum... tah nape terpanggil nak citer kisah perjalanan aku sebagai seorang trader (pedagang). mugkin citer ni dapat memberi gambaran dan berkongsi pengalaman secara langsung mahu pon tidak buat beginners diluar sana. moga dapat mengubah tanggapan org kita pd traders di luar sana. yg mana inilah salah satu cabang pelaburan yg amat menarik utk diceburi malah jika dilakukan dgn kesungguhan, kesabaran yg tinggi dan kematangan sebagai seorang tarder... insyaAllah akan memberi pulangan yg lumayan.

dlm 5thn kebelakangan ni (sekitar 2006) aku menceburi diri dlm pengurusan kewangan (financial management) bermula dgn cerita dr kawan2. ambil inisiatif hadir dlm satu seminar kewangan yg dianjurkan di putrajaya. thn 2008 bemula segala-galanya dimana aku membuka account overdrat (OD/ASB) pertama aku.

bermula dr titik tolak mempelajari selok belok pengurusan kewangan ini, lama kelamaan minat aku makin mendalam dlm segi pengurusan duit dan minat utk mengembangkan duit datang dgn sendirinya. cerita2 emas makin hari2 makin selalu kedengaran. awal thn ini (2011) aku menghadiri seminar emas ini di seremban oleh sebab tak mahu ketinggalan dlm arus pelaburan semasa ketika ini. hadir seminar di seremban, dikelolakan oleh saudara syukor hashim dan shufaad (dr public gold). di seminar itulah bermulanya aku mengenali forex, walaupon dah lama aku dengar tentang forex tp tak satu pon yg aku faham.

kemudian aku mengikuti kelas belajar analisa teknikal (technical analysis) di citytell midvalley oleh saudara shufaad (boleh cari di http://www.melakakx.com/). pertama kali aku mempelajari cara2 membaca charta, menganalisa charta malah serba sedikit membuat analisa walaupon hanya basic sahaja yg diajar. dr kelas inilah aku mengenali shufaad, seorang full time trader yg dh berpengalaman lebih 6thn di dlm forex. shufaad inilah guru pertama aku dlm forex, aku blajar face to face (ongkos perlu pak, mn ada ilmu free di dunia ini ya hehe) dgn beliau. belajar selok belok forex, dr basic hinggalah masuk market (trading).

selepas itu aku berkenalan pula dgn seorang mamat dr http://www.bicarajutawan.com/ yg mula2 aku kenal sebagai cottage. dia juga merupakan seorang trader, walaupun hanya trade secara part time dr apa yg aku belajar dia amat memahami market. dr cottage aku lebih mempelajari trade dgn berita/news (fundamental analysis). atas minat jugalah aku create satu group di facebook (sembang forex @ fb), dgn tujuan yg murni ingin berkenalan dgn traders yg ada di luar sana. agar dpt berkongsi ilmu dan idea, sama2 memantapkan diri dlm minat yg sama. di group ini kenal beberapa rakan yg mempunyai minat yg sama, antaranya saudara rodi adam, forex gurur, haris wacana, radzuan basirun dan beberapa lg walaupon tak pernah bersua muka tp kami berhubung melalui group ini.

inilah secara ringkas, bagaimana aku kenal apa itu forex trading. akan aku huraikan satu persatu pengalaman real aku dlm forex. insyaAllah... akan disambung kemudian nnt.

0 Komen:

Catat Ulasan