salam aidilitri... masih dlm mood raya lg kan hehehe. ramadhan berlalu, syawal menjelma... disulam pula dgn hr merdeka. pejam celik pejam celik dah bulan september... tinggal lg 4 bln utk 2011 melabuhkan tirai. fuuhhh... cpt btol masa berlalu kan...
terjun dlm dunia kewangan/pelaburan/pengurusan kewangan dgn bermulanya terlibat secara langsung dlm OD/ASB. diperkenalkan oleh kawan2, aku ambil masa 3 thn seblum terlibat dan melaksanakan dlm OD/ASB. bg aku ODASB ni bknlah sau pelaburan walaupun ada yg beranggapan begitu, ODASB ni lebih kepada pengurusan kewangan... ini yg aku mengerti. merupakan satu tool yg amat baik dlm menguruskan duit kita, jika ada dispilin yg kuat dan kita buat step by step keberkesanan sistem ini amat2 lah mnarik. cuma di hr ini tiada lg ODASB utk perseorangan, tp masih boleh didaftarkan di bawah nama syarikat.
serius mempelajari forex awal thn 2011 ni, tanpa menoleh aku trus maju lg setapak kehadapan. ada pasang surutnya dlm pelaburan ini. trading forex aku masih terumbang ambing, masih dlm memantapkan diri ini. di awal thn aku pernah berkata, 2 thn utk aku maju dan master dlm bidang forex ini. ini lah cabaran utk aku, yg aku tetapkan dan yg aku akan cabar sendiri. bukan senang nk senangkan, dan begitu senang utk susah... antara ayat2 yg ku biasa dgr hehehehe...
pelaburan emas aku nmpak ada perubahan, alhamdulillah makin hari makin byk stok/koleksi emas aku. sebenarnya melbur dlm emas ni amat mudah, dgn sedikit ilmu dan team (buat secara group amat berkesan dlm pelaburan ini) yg hebat pelaburan ini amat mudah utk dilaksanakan. beli emas memang tak rugi, nak citer mgkin ramai yg tak nampak. ambil cara mudah, cuba ko tanya kat mak2 korang berapa emas dia beli dulu? korang compare dgn harga sekarang, jauh tak beza nya? hehehe... nampak tak, beli je dlm beberapa thn lepas (anggaran dlm RM120/g) dan hr ini emas megah meroket hehehe... busuk2 pon dlm RM168/g ni. tak caya? korang check la sendiri, dan korang mugkin terkejut harganya lebih dr yg aku tulis ketika ini....
antara pelaburan jangka masa panjang yg secure bg aku, pinjaman (loan) ASB. bunyi nya kita meminjam kan? tp dgn cara meminjam ini lah kita boleh membuat duit. use Other People Money (OPM) to invest. bagus kan, sapa nk bagi duit utk kita buat pelaburan hehe... ramai yg tak nmpak perkara ni, yg mereka nmpak hutang... hutang... dan hutang aje lah. betol kita berhutang, tp ini hutang yg sihat. bayangkan kita pinjam RM100k, di hujung thn kita akan terima dividen ASB dr RM100k tu... kalau 7% adalah dlm RM7k, byk tu kan hehe. agak2 kalau kita nak simpan RM100k, dlm setahun boleh ke??? hehehe... fikir2kan lah ye
byk lg cara dan peluang pelaburan yg ada. cuma kita perlu prihatin dgn keadaan semasa, peluang ni kadang2 bkn smua org nampak. jika kita bertindak awal, kita akan dpt memaksimumkan pelaburan yg ada tu... YA, BERTINDAK AWAL. sekurang-kurangnya ambil peluang seawal mugkin, cari ilmu, buat research... baru yakin kita melabur. yg aku citer kat atas tu adalah antara pelaburan yg aku terlibat, walaupon ada beberapa lg tp aku lebih suka citer yg mana aku rasa berbaloi dan mudah dipelajari. yg lain tu aku sendiri je la yg tau ye hahahaha... so ambil lah peluang yg ada, lg awal kita melabur lg cepat kta dpt maksimumkan pelaburan kita itu.
Ahad, 4 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan