Ada 2 jenis trader, dikenali sebagai trader sepenuh masa (full time trader) ataupun trader separuh masa (part time trader). Diwaktu ini aku lebih kepada part time trader disebabkan masih terikat kerja makan gaji hehehe… klau yg trader hangat2 taik ayam tu memang ramai der :P
sebelum ini, dah sedia maklum yg aku dah pun membuka real account dlm forex trading. ikut pd prestasi semasa aku trade menggunakan demo akaun, sudah aku dpt atasi dgn tenang dan serap segala tekanan yg ada. Sekurang kurangnya dlm satu hr aku boleh peroleh profit sebanyak 60 ke 80 pips, jika 1 pips bersamaan usd1 bayangkan lah berapa sehari aku boleh dapat. Dgn penuh yakin di suatu mlm tu aku trade guna real account, bermulalah liku-liku perjalanan ‘real’ aku sebagai seorang trader.
Trade pertama jer dah kena sedut dgn broker. ‘Ciss… tak boleh jd ni, biasa selamba jer makan 40-50 pips’ rintih aku dlm hati. Aku belum mengalah, terus menghadap laptop pusaka aku yg dah berusia 4 thn ni. Aku buka pair Euro/Usd (EU) dan Gbp/Usd (GU), ni antara pairs kegemaran aku sebab masa belajar dulu sifu pon ajar lebih pairs yg ni hehehe…. Aku lukis support & resistance seberapa byk yg boleh, tarik trendline sana sini sampai puas hati. Buka pula news2 lalu ku baca dgn penuh teliti (fundamental analysis). Puas hati, terus buka semula carta forex tengok market, tanpa fikir panjang terus pasang trade utk 2 pairs ini.
Aku tengok jam… alamak!!! Lupa plak aku lg 5min nak masuk jam 9 mlm, news pon belum keluar lg ni… adehhh lupa step aku ni, gopoh sangat. Masih setia menunggu di hadapan laptop, anak mata sama ikut pergerakan market turun naik. Tak kelip2 aku dibuat nya, 10min… 15min… 35min market bergerak seperti yg aku jangkakan. ‘Cantik, ada chance mkn besar mlm ni’ bisik aku. Yes, mengena trade aku mlm ni jika mula td lost sekarang dah membuahkan hasil. First night tu jer aku collect lebih kurang 75pips, set 1pips bersamaan usd1. Wow!!! Kalau mlm2 macam ni cepat lah pulang modal.
Resam dunia yg penuh pancaroba ini, bukan setiap hr akan sentiasa cerah kadang2 hujan pun boleh turun takala di waktu panas terik. Aktiviti mlm aku minggu tu hanyalah menghadap laptop, dan akhirnya aku mengalah jua. Mengalah kerna tewas, aku dah korbankan account forex pertama aku, aku tewas usd500… skit betul hati aku ketika tu. Termenung panjang aku hinnga ke hujung minggu, menung kenangkan nasib. kenape tetiba jd mcm ni, kalau ikutkan trade guna demo walaupun ada turun naiknya tapi kalau dikira collection utk seminggu akan positif juga account aku tu. Kenapa guna real account sebaliknya, ishhh down pulak rasa nya diri aku.
Seminggu aku tak trade, hanya buka laptop melihat-lihat market semasa saje. Perasaan gerun tu masih ada, lg pun duit aku pun dah habis kene telan hehehehe…. Takpe lah, nanti aku cari modal lain. Tak boleh jd ni, dendam kene balas takkan nak biarkan usd500 aku kene telan mcm tu jer. takpe minggu depan aku topup lg account ni. Tunggu!!! Hati aku dh panas ni der….
0 Komen:
Catat Ulasan