Pages

Subscribe:

Jumaat, 21 Oktober 2011

impian vs risiko

kalau ditanya smua org pasti ada impian, memang tak masuk akal lah kalau ada yg tak pernah terfikirkan sesuatu. cuba fikir dan renungkan impian yg korang mahukan, agak2 dah tercapai atau bilakah akan dapat dicapai... ya aku pun punyai impian tersendiri, mengimpikan utk menjadi seorang usahawan. usahawan apa? tu yg buat kadang2 aku sendiri terkeliru dgn impian sendiri hehehe...

aku kerja makan gaji lg keika ini, dah mengabdikan diri dalam dunia engineering/construction lebih 12 tahun (yg rasmi nye 10 tahun jer :P). bermula dari bawah, selangkah demi langkah aku turuti hinggalah berada ditempat sekarang yg tak pernah aku bayangkan sendiri. maklumlah cuma berbekalan pendidikan sederhana, aku bediri sama tinggi dgn yg sewaktu dgn nya hehehe... Alhamdulillah rezeki aku, memang aku tak nafikan aku memang bertuah jika dibandingkan dgn org lain.

pernah impikan membuka syarikat sendiri, ingin terus berjuang dalam bidang construction ni. berani2 kan diri ambil kontrak (walaupun masih terikat dgn kerja) suatu masa dulu, pd aku benda ni dah makanan harian aku so tak ada masalah utk aku melaksanakan tugas ini. yelah masu tu pun dah lebih kurang 5-6 pengalaman aku dlm bidang ni jadi tiada masalah utk aku uruskan dr mula hingga selesai kontrak tu. tapi tak bertahan lama bukan sebab tak mampu nak bekerja, tapi kerna terbatas dgn pekerjaan sedia ada, terbatas dgn modal utk melangkah lebih jauh. terpaksa ku tinggalkan begitu saja, dah bukan rezeki kot hehehe.

4-5 tahun lepas aku terdedah dgn pengurusan kewangan (financial planning) setelah didedahkan oleh rakan2. makin hari makin kuat minat utk mempelajari serba sedikit mengenai pengurusan kewangan ini. rupa2 nya ini lagkah permulaan aku utk pergi lebih jauh, jauh hingga jantuh cinta dgn bidang ini. berkat usaha dan disiplin aku berjaya 'membunuh' hutang piutang lama aku. makin seronok pula bila belajar dlm bidang ni, membawa aku bertemu dgn dunia emas. yg ni tak payah citer panjang lebar, semua sedia maklum dah dgn harga emas sekarang.

dari emas baru ku kenal tentang pedagang (trader) secara tidak langsung. dan kini aku berusaha utk menjadi seorang pedagang sepenuh masa. masih lg bekerja, aku berdagang secara sambilan dan masih lg menimba ilmu utk memantapkan diri. tetapkan dlm 2 tahun ni utk memantapkan diri sebagai persedian menjadi pedgang sepenuh masa. dan mungkin inilah bidang yg akan merialisasikan impian aku, impian utk bergelar seorang usahawan. mugkin korang confius kan, dan mugkin ada yg tertanya-tanya bagaimana aku nak berniaga melalui bidang ini. tipulah kalau cakap tak perlukan modal, apa jua perniagaan akan bermula dgn sedikit duit. mamat yg cipta facebook tu pon kene keluar duit dulu sebelum dia jd billionaire hehehe...

kenapa aku pilih utk menjadi usahawan dlm bidang pedagang ni kan, soalan yg agak rumit nak aku rungkaikan. aku percaya pasti ada diantara usahawan yg dah berjaya pd mulanya pun keliru dgn bidang yg mereka pilih. byk perkara dah aku cuba, seringkali ada sebab musabab yg mematahkan hati nurani ini. utk kali ini aku percaya aku buat pilihan yg betul selari dgn minat dan usaha aku. InsyaAllah dgn izin-Nya segala yg dirancangkan akan terlaksana. wokekhhh... tu bahagian aku, korang nye macam mane? hehehe. apa2 pun DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal) tu penting. kita lakukan dgn sungguh2 pasti ada kejayaan yg menanti... :)

0 Komen:

Catat Ulasan