Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang... antara perasaan aku ketika ini. agak luruh hati nurani bila baru2 ini majlis fatwa kebangsaan (MFK) mewartakan spekulasi matawang asing (forex) itu haram. aku percaya ramai trader yg dh lama dlm bidang ini merasa lebih dr apa yg kurasa ketika ini. ialah kan ada yg diantara mereka sepenuh masa di dlm bidang ini, punca rezki mereka semata2 dr trading sahaja.
seminggu aku dlm delima, lemah lutut ni aku rasakan. kekuatan semangat aku terus menurun, masuk kelas revision pun hilang rasa 'lapar'. serba salah aku dibuatnya, mcm2 tempat aku dh merujuk. dan mcm2 pendapat dan pandangan yg aku lihat. kekadang kelakar juga dgn mereka2 ni, pasal fatwa ni pon masih ada yg nak kaitkan dgn hal2 politik semasa. entah lah, tak tefikir ke diorang yg bermuzakharah tempoh hr tu tergolaong dr ulama2, dr ahli2 bijak pandai... apakah mereka sekadar memutuskan sesuatu sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja? tepuk dada tanyalah selera :)
aku seorang trader yg setahun jagung kalau nk dibandingkan dgn mereka2 yg lain, trading aku pun pasang surut mcm air laut. tp sejak aku kenali forex ini aku mula tertawan, tanam azam utk menjadikan forex salah satu sumber pencarian aku. tp tak seindah yg dirancang, aku terima seadanya. akur dgn keadaan semasa. dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. dimana aku berada, ulama2 disitulah yg jd 'guide' aku....
aduuuhhh hai... kekadang mcm nilah aku, mengekuh panjang. sampai aku pun tak tau apa nak dikeluhkan lg. dlm berbincang mengenai fatwa ni, aku terdedah pula dgn CPO/FCPO. bidang berlainan tp masih guna pakai ilmu sama, yg setahu aku masih boleh trading. wowooww!!!... sapa ckp ilmu yg aku belajar sebelum ni sia2, so kalau aku boleh fikir utk menceburi bidang ini apatah lagi mereka2 yg dh lama dlm market ni. CPO/FCPO ni aku dengar dan baca2 jer, tak pernah terfikir utk kenalinya secepat ini.
insyaAllah aku akan hadiri satu kursus (coaching session) utk mengenali dunia CPO/FCPO ini. emmm... kalau dulu aku nak dikenali dgn forex trader, sekarang nak bertukar arah ke CPO/FCPO trader pula. rezki tu ada di mana2 bro... dimana ada kemahuan, disitulah ada jalan kan... apa2 pun byk usaha yg perlu aku lakukan ni, mula semula dr bawah tp tetap tak mematahkan semangat aku... apa yg peting? DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal)... :)
Jumaat, 24 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan