Salam Trader, yg ni aku baca dlm FB. aku copy paste utk tatapan semua. semoga kita jumpa jln penyelesaian dlm isu ini, insya'Allah. jom baca...
Pandangan Forex oleh Ustaz Sobri...
Dalam perniagaan samada online atau offline, target utama seseorang itu adalah untuk mendapat profit atau keuntungan lagi banyak lagi bagus. Kadang-kadang dek kerana keghairahan untuk memaximumkan keuntungan ramai antara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan utama penilaian serta kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada membuat kebajikan.
Dalam menentukan halal dan haram sesuatu perkara bukan hanya dengan congakan dan agak-agak saja. Sejak akhir-akhir ini pelbagai bentuk perniagaan dan peluang pendapatan muncul dalam bentuk online antaranya hyip, autosurf, matrix sistem, forex dan sebagainya. Dalam usaha untuk memberi pandangan terhadap sesuatu sistem baru maka 'alim 'ulamak terpaksa membuat kajian terhadap nas-nas umum dari al-quran dan hadis serta melihat apakah ada di sana sebab kiasan yang boleh disandarkan untuk menetapkan sesuatu hukum.
Saya ringkaskan dahulu supaya mudah difahami.
Forex adalah suatu perniagaan berbentuk pertukaran nilai sesuatu mata wang dengan mata wang yang lain. Nilai sesuatu mata wang bertukar menjadi tinggi dan rendah atas beberapa faktor termasuk ekonomi, politik dam kestabilan sesebuah negara. Kecanggihan dunia IT dan telekomunikasi hari ini menjadikan perniagaan mata wang adalah yang tersibuk didunia. Sebab itu kadang-kadang dalam masa beberapa saat saja nilainya boleh berubah dan memberi kesan untung/rugi kepada pedagang/trader.
Beberapa perkara perlu dilihat sebagai asas penilaian kita terhadap forex:
1. Akad. Dalam islam akad jual beli perlu antara kedua-dua pihak. Bentuk persetujuan ini sebaiknya melalui lafaz antara keduanya. Walaubagaimanapun dengan perkembangan hari ini bebrapa pendekatan yang diharuskan dalam Islam sebagai tanda persetujuan seperti penerimaan resit dan no id payment yang menunjukkan pengesahan berlakunya akad jual beli antara kedua pihak. Dalam forex ini secara asasnya semasa sell/buy telah berlakunya akad jual beli ( real time ) seperti yang terpapar kat akuan info dalam bentuk no id payment. Maknanya sudah berlaku jual beli disitu dan tidak ada keraguan lagi ianya adalah real time dalam perniagaan pertukaran mata wang ini. Adapun sell dulu adalah merupakan istilah saja. Sebenarnya sell juga bermakna kita membeli tapi pada nilai harga yang rendah untuk kita jual nanti bila berlaku kenaikan nilai mata wang tersebut.
2. Berkaitan keuntungan yang diperolehi dikategorikan sebagai riba nasiah ( disebabkan penangguhan ). Kat forex ni keuntungannya bukan disebabkan oleh penangguhan tetapi disebabkan oleh perubahan nilai. Riba nasiah bermaksud anda memberi pinjaman kepada seseorang dan orang tersebut perlu membayar balik dalam tempoh tertentu dengan ada penambahan beberapa persen atas kadar pinjaman tersebut seperti yang berlaku dikebanyakkan bank di Malaysia hari ni. Jadi hujah menyatakan forex ini adalah haram kerana ada unsur riba nasiah yg berpunca kerana penangguhan adalah tidak tepat.
3. Berbalik kepada open pending nak disamakan dengan seperti membeli ikan di air atas alasan suatu yang tak pasti adalah juga kurang tepat. Open pending stop/limit adalah seperti kita mem'booking' pada price tersebut kerana kita ingin membeli diwaktu tersebut. Maknanya ianya hanya tempahan dan jual beli yang sebenarnya berlaku ketika touch price tersebut barulah kita akan mendapat id payment dalam akaun kita menunjukkan tika dan saat itu sudah berjalan jual beli tersebut.
4. Berkaitan kenyataan yang menyatakan pendapat fatwa majlis agama Islam negeri Perak dibawah pimpinan Datok Harussani hanya pada forex yang ada panel syarak saja. Rasanya pendapat itu perlu diperhaluskan. Secara asasnya tidak ada dalil atau nas yang menyatakan bahawa perlu ada panel syarak barulah sesuatu perniagaan itu sah dan halal. Tidak ada. Dalam Islam ada 2 asas utama untuk menentukan sesuatu muamalah atau perniagaan itu sah. Pertama tidak melanggar syarak dan kedua niat yang ikhlas. Di Malaysia terbentuknya panel syarak adalah desakan daripada rakyat untuk memastikan setiap urusan perniagaan perlu diawasi supaya menepati syarak. Berkaitan forex ni platform kebanyakkannya adalah orang barat mana nak ada panel syarak. Kalau macam tu kita tak boleh niaga langsung dengan orang barat sebab mereka tak ada panel syarak. Bukan niat untuk mempermudahkan sesuatu perkara. Tanggungjawab kita sebelum berurusan dengan orang samada Islam atau belum Islam ialah memastikan apa yang kita nak berurusan tu adalah tidak melanggar syarak. Kalau ada di sana panel syarak bagi syarikat tersebut lebih baik dan kalau tidak ada bukan bermakna tak boleh, cuma teliti dulu. Saya rasa cukup dulu untuk kali ini.
Jumaat, 24 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 Komen:
tuan,saya ada dengar ulasan dari ust zaharuddin berkaitan forex bukan didagangkan atas komoditi...berbeza dgn saham ianya ada komoditi utk didagangkan...boleh sy tahu pendapat tuan?
tuan,saya ada dengar ulasan dari ust zaharuddin berkaitan forex bukan didagangkan atas komoditi...berbeza dgn saham ianya ada komoditi utk didagangkan...boleh sy tahu pendapat tuan?
Catat Ulasan