isnin lepas sewaktu lunch dibawah pokok ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, den duduk semeja dgn sorang brader. den anggarkan umurnya dalam lingkungan hujung 40an. sambil-sambil makan tu rancaklah kami bersembang pasal kisah kerja-kerja ni. abang ni baru jer kerja di area ni, katanya dah tak larat nak kerja jauh-jauh.
dalam pada hangat bersembang ni, tetiba tersentuh pulak topik duit. dia tanpa segan silu mula bercerita pasal gajinya. ditempat baru ni dia menerima RM1600 sebagai gaji pokok. ada overtime dan elaun utk stanby katanya. dulu gajinya lg besar, tapi kerja jauh. kerja baru ni pula gaji kecik, tapi rumah dekat, dlm 10 minit menaiki motor.
tetiba dia bertanya 'kau dah khawin ke? anak brapa?'... 'dah bang, alhamdulillah anak 2 org setakat ni' balas den. dr situ dia bercerita serba sedikit kisah idupnya. dulu dia suami isteri bekerja, sampailah satu masa tu isterinya berhenti ketika mengandungkan anak yg ke-2. dgn alasan penat dan dah tak larat lagi. 'isteri keje ke' tanya dia lg. pendek jawapan den 'keje'.
apa yg menarik kisah perancangan kewangan dia dan pelan jangka panjang yg dia dah atur. berdua bekerja pd tahun 2002 menjadikan pendapatan isi rumah mencecah RM4000. satu angka yg besar. dari situ dia membelanjakan RM2000 utk membayar ansuran kereta dan pinjaman ASB (nilai RM100k, tetapi tenure singkat). selebihnya utk rumah, perbelanjaan anak-anak dan keluarga.
disaat semuanya nampak sempurna, isterinya berhenti (tanpa berbincang) kerana ketika itu sarat mengandung. dan ketika itulah dia dilanda masalah urusan duit, yelah dari RM4000 isi rumah akhirnya menjadi lebih kurang RM2000 lebih sahaja. cuma bertahan 4 tahun menurutnya, selepas itu dia terpaksa menjual kembali pinjaman ASB, menyekat banyak perbelanjaan sesuai dgn gaji yang ada. alhamdulillah dia masih boleh manage keluarganya.
moral kisah diatas:
- buat rancangan jangka pendek & panjang
- kerja utk cari pendapatan (bincang dulu sebelum mengambil sebarang tindakan)
- simpanan (WAJIB ada)
- pelaburan (ASB dll)
mungkin ramai yg terlepas pandang:
- sedekah / zakat
- DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal)
- bersyukur
- belanja mengikut kemampuan
merancang itu perlu, usaha itu perlu, doa itu perlu. selebihnya kita hanya berserah, kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya. dan Dia jualah yg maha mengetahui juga perancang yg sempurna dialam semesta ini.
0 Komen:
Catat Ulasan