Pages

Subscribe:

Sabtu, 27 April 2013

Sempena Diskaun Besar-besaran Emas


Tips Pelaburan Emas

#1 Emas adalah Pelaburan Capital Gain
Sekiranya kita memiliki kiub emas gergasi berharga USD 9.6 trilion seperti yang disebut awal tadi, emas tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kita melainkan selepas kita menjualnya dengan harga lebih tinggi atau menjadikannya sebagai ‘medium of exchange’.
Bandingkan jika kita mempunyai satu bisnes atau tanah yang bernilai USD 9.6 trilion. Ribuan orang pasti mendapat manfaat dari bisnes kita yang bernilai USD 9.6 trilion itu tadi. Lebih ramai yang mendapat peluang pekerjaan. Lebih ramai yang mendapat manfaat dari produk dan servis kita. Pendapatan dari bisnes kita pasti mencecah bilion-bilion setahun.
Ya, emas yang kita beli tidak mempunyai apa-apa manfaat. Tiada sebarang dividen bulanan mahupun tahunan. Kita hanya membuat untung apabila kita menjual emas tersebut. Itupun kalau beli harga rendah jual harga tinggi. Kalau buat sebaliknya nak untung bagaimana?
Jadi kalau ada pihak yang mempromosikan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tetap, AWAS! Itu kemungkinan besar adalah satu skim cepat kaya.


#2 Nilai Emas vs Harga Emas
1g emas yang dibeli 10 tahun lalu, masih 1g emas hari ini. Kita tidak menjadi lebih kaya walau sebanyak 0.1g emas sekalipun kerana emas bukan aset yang produktif. Emas tidak berkembang dengan sendirinya.
Emas bukan seperti kambing yang boleh mengawan dan beranak pinak. Sekiranya kita membeli sepasang kambing 10 tahun lalu, kita dapat bayangkan berapa banyak keluarga kambing tersebut dapat membesar.
Apa yang berubah adalah harga.
Pada 1982 emas berharga sekitar USD 250/oz dan 2012 berharga sekitar USD 1700/oz namun berat (nilai sebenar emas) yang kita miliki adalah sama kekal.

#3 Emas tidak ada instrinsic value
Tidak ada teknik untuk membeli emas secara diskaun. Iaitu membeli emas dengan harga di bawah instrinsic value. (Jika tuan tahu sila hubungi saya ya kerana saya mahu tahu bagaimana instrinsic value emas dikira).
Jadi, ini menyebabkan pelaburan emas adalah 100% spekulasi. Trading.
Kita membeli emas pada harga RM 150/g dengan harapan harga menjadi RM 300/g.


#4 Emas Fizikal mempunyai Kos
Sekiranya kita mempunyai sejumlah emas, andaikan sebanyak 20 gram, kita pasti tidak senang duduk meninggalkannya di rumah tanpa sebarang perlindungan keselamatan.
Maka kita mulalah mengeluarkan duit untuk kos keselamatan. Jika simpanan emas kita semakin banyak maka kita mula mencari peti-peti simpanan di bank. Sekali lagi kita menanggung kos.

#5. Emas ‘rosak’ vs Emas ‘baik’
Emas fizikal tercalar. Kemek. Plastik terbuka dan seterusnya.
Pastikan emasyang kita ada khususnya syiling, jongkong, bar berada dalam keadaan baik atau kita terpaksa membayar harga ‘rosak’ tersebut di kemudian hari.
Kita pasti susah untuk mendapatkan harga yang terbaik apabila mempunyai emas ‘rosak’.

#6 Emas Syarikat A vs Emas Syarikat B
Ia seperti sudah menjadi satu adat dalam industri ini, emas atau barang kemas yang dibuat oleh syarikat A tidak diterima secara normal oleh syarikat B. Justeru, ia boleh mengundang masalah jual semula dengan harga yang kita mahu.
Sedangkan semasa mempromosi bakal pembeli diberitahu emas laku di mana-mana.
Pastikan kita menyimpan maklumat penting khususnya resit yang kita terima dari penjual sebagai bukti penting emas yang kita beli.

#7 Spread Harga Buy-Sell
Harga syarikat jual kepada kita berbeza dengan harga syarikat beli dari kita. Sila perhatikan perbezaan tersebut.
Sekiranya harga emas sentiasa naik dengan cepat pasti ia bukan satu masalah. Tetapi kalau harga mula ‘consolidate’?
Harga mungkin dah naik 7% tapi jika spreadnya juga 7% maka kita masih belum untung.

# 8 Emas Adalah Barang Ribawi
Emas merupakan barang ribawi. Justeru jual beli emas mesti berlaku secara tunai untuk mengelakkan transaksi riba yang diharamkan dalam Islam.
Sekiranya mahu membuka akaun pelaburan emas, pastikan hanya dari bank-bank Islam sahaja kerana mekanisma jual belinya sudah dipastikan mengikut kehendak-kehendak Syariah.


Kredit utk Pakdi @www.suzardimaulan.com diatas keizinan beliau membenarkan berkongsi ilmu-ilmu diatas.



0 Komen:

Catat Ulasan