Pages

Subscribe:

Isnin, 28 November 2011

hijrah aku...

Salam Maal Hijrah, sempena tahun baru dlm kalender Islam ni mari lah sama2 kita besyukur kerna masih mampu menghirup udara menandakan ada lg nyawa di jasad pinjaman ini. mcm biasalah bila masuk tahun baru ini ramai yg akan membuat azam baru. tp berlainan buat aku di tahun ni... kali ni aku juga memasang azam di thn baru ini disamping hijrah (pengorbanan) yg amat besar aku terpaksa lakukan dlm kerjaya aku sendiri.

tahun ni aku dah memilih utk 'settle down' dlm tempat tinggal aku, bekerja tetap (setelah 5 thn buat freelance) dgn sebuah company di melaka, menjawat jawatan yg tak pernah aku bayangkan sebelum ni dan hati mula dah menyenangi kehidupan sederhana aku di melaka. tapi hijrah tetap hijrah, hijrah utk kebaikan... hijrah utk mengecapi cita-cita... hijrah utk memperbaiki iman, insyaAllah...

panjang menung aku bila memikirkan hijrah aku ni, penuh masa seminggu lalu aku meneliti dr pelbagai sudut dan aspek. matlamat aku satu tapi byk perkara yg terpaksa aku korbankan. masa dah makin suntuk, 3-5 thn dr sekarang bukanlah masa yg panjang. pejam celik pejam celik dah pon hujung tahun 2011. kurang 35 hr kita akan mengharungi pahit maung tahun 2012 pula...

kadang2 jauh disudut hati ni terdetik juga soalan2 yg tak mampu nak aku huraikan. betul ke keputusan aku ni? berbaloikah pengorbanan (hijrah) aku ni? kalau gagal bagaimana? puas hatikah semua pihak yg terlibat?. jawapan aku... entahlah. yg mampu aku buat hanyalah Doa, Usaha, Istiqomah dan Tawakal dlm membuat keputusan ini. kalau nak ikutkan dah beberapa kali aku dalam situasi sebegini, tapi kali ni berbeza sama sekali. kalau dulu aku akan minta pandangan dr adik-beradik dan rakan2 terdekat namun kali ni aku perlu melakukan sendiri. kerna apa jua keputusan aku, bukanlah utk aku seorang.

benar aku pasang matlamat utk menjadi full time trader dlm 2 thn ni, kerna itu jugalah aku perlu melakukan hijrah ini. seiring dgn itu jugalah pertimbangkan aku utk keluarga diambil kira, sampai bila aku perlu di dlm kepompong yg sama. pengalaman dah mengajar aku sebelum ini, pengalaman jualah yg mendewasakan aku. mcm lah aku ni budak2 lg hehehehe.... :P. tu dr satu sudut, dr satu sudut yg lain byk perkara yg terpaksa ditelan. kalau nak dihuraikan terlalu byk perkara perlu diambil kira, kita tak mampu utk memuaskan semua tak mampu utk melakukan semua dlm satu2 masa.

utk berjaya kita perlu berkorban, utk maju kita perlu berkorban. inilah pengorbanan aku, inilah hijrah aku utk tahun baru ini. keputusan sudah dibuat, keputusan sudah muktamad. apa jua yg akan berlaku aku perlu pandang ke hadapan tidak lagi sesekali menoleh kebelakang. apa erti hijrah kita ini jika tiada pengorbanan. aku percaya korang juga mempunya hijrah tersendiri, pelbagai cerita hijrah/pengorbanan yg korang sudah lakukan. bagi aku inilah hijrah aku. selamat menempuh thn baru hijrah 1433 dgn penuh keimanan, insyaAllah

Selasa, 22 November 2011

Aku Seorang Trader: Siri 5

lepas akaun aku kene lg margin call (MC) aku rehat hampir 3 mggu dr melihat market, lost trading dulu buatkan aku merajuk dgn forex. kemudian aku kembali gunakan demo akaun utk kembali trading, keputusan yg aku ambil setelah berfikir panjang. dlm 3 mggu tu ada juga cuba contact member2 seperjuangan dan seguru bertanya khabar. rupa2nya aku bukan berseorangan, ramai yg mengeluh sebab masih belum dapat menguasai forex ini dgn mudah.

dlm beberapa kenalan yg aku berhubung, masih ramai lg yg sambung 'berguru' dgn sifu-sifu forex diluar sana utk memantapkan diri. disinilah aku dikenalkan dgn sebuah komuniti forex diterajui oleh en. kamal dlm merekrut seramai mana jutawan dlm tempoh 5 thn. tp aku masih belum mengendahkan saranan rakan utk terlibat sama dlm komuniti ini. yelah kan... rasa kecewa dan rajuk aku dr lost tu hari masih terasa lg hehehe.

raya tahun ni aku meluangkan masa menziarahi kawan2 yg berada disekitar lembah kelang, rasanya dah lama tak bersua muka sejak aku mengambil keputusan utk bekerja luar dr KL dulu. dlm ramai2 tu ada seorang rakan ni juga merupakan salah seorang anak didik jaguh forex, dlm diam2 dia menghadiri kelas jaguh forex ini. katanya dia mengetahui jaguh ni melalui internet, pernah utk beritahu aku tp terlupa dek sibuk ngan kerja harian. balik dr rumahnya mlm tu buat aku fikir panjang dlm perjalanan pulang. yg akhirnya aku ambil keputusan utk melawati web site jaguh forex ni, melalui web site ni aku mula tertarik hati dan terus hubungi admin utk buat tempahan.

bln september lepas, aku berkenalan dgn jaguh forex... bersemuka mata ke mata dgn cikgu kamal. nyata saranan kawan2 aku sebelum ini tidak meleset. aku tertarik dgn niat ikhlas cikgu kamal ini utk melahirkan jutawan forex. satu niat yg murni bg aku sebab dgn kesungguhan dan keinginan cikgu kamal utk berkongsi ilmu yg ada. namun bukan semudah itu utk dia mengambil kepututsan, setelah menceburi diri lebih 13 thn (kalau tak salah) barulah dia sudi berkongsi suka duka dlm dunia penuh pancaroba ini. la ni dah 10 thn plak tanam anggur hahahaha... cisss jeles aku siotttt

bila aku menulis siri 5 ni, byk kali ayat2 aku edit. takut ada yg terasa hati, takut ada yg cakap2 aku hanya mengagung-agung jaguh forex ni. aku tau ramai otai2/sifu2/masta2 diluar sana dah berjaya dah buktikan yg mereka juga boleh berjaya dgn teknik/cara/skill masing2. ye aku percaya, cuma aku disini hanyalah menulis kisah benar perjalanan aku sebagai seorang trader. bermakna aku akan menulis tentang sesiapa saja yg terlibat secara langsung atau tidak dlm perjalanan trading aku ini. haraplah memahami tujuan dan hasrat tulisan aku ini.... :)

mengenali dunia jaguh forex merupakan satu lg pengalaman bermakna buat aku. kini aku belajar menganalisa market dgn lebih mendalam. sebelum ini pon aku pernah berguru dgn beberapa sifu, nyata teknik mereka jua hampir sama. cuma mungkin kerna aku malu atau dek kesibukan mereka membuatkan jarang2 sekali berhubung. melalui jaguh ini ada berlainan sedikit, setiap minggu adad saja kelas revision... hujung minggu ada saja kelas secara online atau offline yg diadakan. kami budak2 jaguh bila2 masa saja dijemput utk terlibat sama tanpa dikenakan bayaran tambahan. dgn cara ini dapat menyuarakan apa jua persoalan yg terbuku dihati. kdg2 memang dah buat betol dah dek kerna kurang konfoden acap kali mengubah pendirian sedia ada.

siri akan datang aku akan kupas tentang trading aku. adakah lebih konfiden & konsisten??? insyaAllah nanti aku share lg...

Ahad, 20 November 2011

si harimau malaya

salam santai... lama tak lapangkan masa dgn blog 2 mggu kebelakangan ni, sibuk dgn urusan rumah baru den hehehe... yelah dr urusan ambil kunci hinggalah punggah memunggah, fuuhhh memang letih tapi puas. puas sebab akhirnya dah memiliki rumah sendiri. byk ertinya buat aku.... :)

trading aku alhamdulillah byk peningkatan dr segi kendiri, lebih konfiden. mengharapkan agar lebih konsisten di masa2 hadapan. trading guna real account (real money), secara kecil-kecilan utk memantapkan dan mengasah lg teknik2 yg sedia ada. jika sebulan lepas aku cuba melakukan dgn demo account, tp perasaan thrill tak terjelma langsung. beralih kembali dgn real account ni, buat beginner jgn gentar utk mencuba sebab jika money management (mm) dijaga dgn betul insyaAllah takkan sesekali markonah memanggil (margin call) hehehehe :P

stok emas masih seperti sebelum raya tempoh hari, belum ada stok2 baru yg aku tambah. jika dikirakan harga dr bulan september agak rendah dan sesuai utk tambah stok2 yg sedia ada. ada niat utk tambah, InsyaAllah dlm sebulan dua ni. lg pon dh pelajari beberapa teknik baru, kredit utk bro aku sebab sanggup berkongsi sama. bagi yg tertanya-tanya, nantikan seminar PERCUMA yg akan menemui semua. InsyaAllah jika tiada aral melintang, tak hujung tahun mugkin awal tahun depan.

dlm seminggu ni pon badan tak berapa sihat, mugkin dek kerna cuaca yg kadang2 panas kadang2 hujan... maklumlah kerja aku terdedah dgn cuaca, panas ke hujan ke ada aku kisah... yg penting masyuuukkkk hehehe.

dlm sibuk2 ni sukan sea tidak dilupakan... lebih2 lg pasukan bolasepak kita harimau malaya. aku tabik spring dgn prestasi mereka sekarang, berada dilandasan terbaik utk mempertahankan pingat emas yg dimenangi  thn lepas. syabas buat mereka... jgn lupakan aksi mereka di final nanti. perjuangan mu harimau malaya diiringi doa2 kami di bumi Malaysia ini... maju jgn gentar, biar habis semua musuhmu dibaham tanpa belas.

Jumaat, 4 November 2011

Aku Seorang Trader: Siri 4

nyawa account pertama hanya bertahan utk seminggu jer... menelan air liur aku tengok duit kene telan, adoyaiii apo lah nasib badan. hujung minggu kurasakan amat panjang sekali, yelah dendam kesumat belum berbalas... kesal dgn sikap gopoh aku dgn market masih terasa. menung panjang aku, baring2 pon mata tak lelap lg... tajam mata merenung siling rumah, agak2 kalau teruskan lg utk sejam dua ni mau gak tembus siling bilik aku kang ni hehehe...

isnin dah menjelang, tiba masa makan tengahari terus memecut kereta menuju ke bank. lg RM1500 aku keluarkan dr 1 bank lalu masukkan ke bank yg lain. aku ada beberapa akaun bank, dan akaun bank ghimau ni memang aku khaskan utk transaksi keluar/masuk (buat masa ni keluar ada lah hehe) utk forex. balik semula ke site, terus buka laptop dan membuat pindahan duit ke akaun forex aku. dlm 2 jam kemudian akaun aku dah di topup, suka nye aku sebab boleh trade semula. dlm pd tu perasaan geram, dendam masih membara mengenangkan nasig aku minggu sudah.

minggu ni aku rasakan penuh dgn cabaran, walaupun baru hr isnin terlalu banyak perkara yg perlu dilaksanakan. dr tugas seharian hinggalah ke matlamat utk menebus semula duit aku, kali ni aku nak tebus dan membuat sedikit profit. malam isnin membawa ke malam jumaat, dr pukul 8.30 pm hinggalah 2am tiap2 hr... semangat aku masih utuh sedikit pon tak luntur dek kekalahan aku minggu lepas. dan hasil nya, akaun aku yg dr USD500 bertambah ke USD1200... wooooww!!! sungguh tak kusangakan.

senyum panjang aku hujung minggu tu, apa pun yg aku buat hati rasa amat lapang. lapang dek aku dapat kembali duit aku. jumaat mlm sebelum market tutup sempat aku buat pengeluaran, aku keluarkan USD500 dulu. suka aku bejaya buat profit minggu ni. tewas USD500, topup USD500... baki akaun ada USD1200, dgn guna matematik mudah USD1200-USD1000 (modal) aku dah punyai keuntungan USD200 disitu. USD200 tukar ke duit malaysia adalah dlm RM620. Alhamdulillah berjaya jua usahaku...

10 hr masa diambil utk 'clearance' duit ni, apa pun aku puas. masih ada baki USD700 lg dlm akaun, dgn duit nilah aku terus melayan market utk minggu2 yg akan mendatang. pasang surut aku utk 3 minggu tu, pernah cecah ke angka USD100 tp surut semula. tah apa salahnya aku masih belum bertahan dgn market, masih belum konsisten di dlm trading aku. sebulan berlalu, jika dihitung kurag dr USD200 keuntungan aku utk bln ni. pasang surut market yg hampir2 melemaskan aku... tiba bulan baru. aku trade seperti selalu.

berterusan utk 2 bln aku trade dgn berbekalkan modal USD500 tadi. masuk bulan ketiga, tah mana silapnya aku tewas buat kali kedua2. makin teruk dlm bulan ni juga aku tewas lg, tewas dgn modal baru aku. aku dah loss USD1000. kali ni hampir membuat aku terduduk, yelah dlm sebulan jer dah tewas 2 kali. USD1000 tu besar bagi aku, bagi beginner mcm aku. bulan yg pedih buat aku, bulan yg banyak menggunakan duit. dgn tertewasnya aku makin menyempitkan lg keadaan... fuuuhhh!!! terkena lg aku.

Rabu, 2 November 2011

rumahku syurgaku

dah lama mengimpikan utk memiliki sebuah rumah sendiri, yelah lama betul rasanya duduk menyewa ni. dari zaman remaja sampailah dah bekerja ni. bukan tak mampu nak beli, tp byk perkara yg menghalang terutama yg terlalu peribadi utk diceritakan disini. bukan setahun dua menyewa bro, kalau dijumlah duit sewa tu mau dapat sebuah rumah flat dah kot hehehe. untung betul tuan2 rumah yg pernah aku sewa dulu, mana taknye tak pernah miss bayar bulan2 tu. siap ada plak yg call minta bayar awal sket :P.... apa2 aje lah.

berapa harga? yg ni tak perlulah nak sebut, cukuplah aku nyatakan rumah aku jenis teres 1 1/2 tingkat dgn 4 bilik tidur 3 toilet. ni je rezeki yg ada buat masa ni, masa hadapan tu tak tau lah hehe. taman area aku ni boleh dikatakan penempatan baru, dibangunkan baru dlm 2-3 thn yg lepas. suasana agak tenteram dgn setup yg menarik keseluruhannya. kalau ditengok pd master plan yg ada di pejabat pemaju, dlm 10-15 thn lg kawasan ni akan pesat membangun. tu rancangan diorang je lah kan, jadi ke tak takde sape pun tahu, yg penting area ni selesa utk didiami.

rumah aku ni kat area melaka. kenapa melaka? emmmm... mugkin terlalu subjektif cuma mugkin melaka negeri yg tak berapa sesak (trafic jam la) membuatkan aku tertarik hati. lg pon dekat nak balik kg negori sembilan hehehe. boleh kata semua negeri aku dah tinggal  (atas urusan kerja) hanya beberapa buah negeri jer yg berjaya memikat hati ni. antara pilihan yg ada aku letakkan melaka dibawah negeri kelahiran aku sendiri. cuma atas sebab aku bekerja disebuah company di melaka yg akhirnya pilihan aku putuskan utk menetap disini.

sekadar nak berkongsi, ni dr pengalaman real aku sendiri. kalau mampu belilah rumah sendiri, tak kisahlah besar mana pun dan berapa harga dia. yg penting kita punya kan, sebabnya mudah cuba fikirkan kita bayar sewa bulan2 tapi rumah bukan kita punya. kalau kita mampu menyewa sebenarnya kita mampu utk mempunyai sebuah rumah. ni pengiraan mudah jer kan, tapi kesan jangka panjangnya yg menyebabkan kita rugi sendiri. ni yg aku nampak semasa aku menyewa dulu, cuma beberapa perkara yg membataskan aku utk memiliki rumah dari awal. apa2 pun aku bersyukur akhirnya aku ada rumah sendiri

apa2 pun rancang perbelanjaan kita sendiri. tak perlu nak ikut lagak org lain, kita guna apa yg termampu je. kalau mampu beli banglo belilah, kalau tak rumah teres pon ada kan. jgn sampai membebankan diri sendiri dah kira bagus, bak kata Azizi Ali belanja di bawah kemampuan. lepas ni sibuklah aku nak hias rumah baru ni, belum ambil kunci dah berbelas majalah deco aku beli hehehe. nak cari modal idea sket, hajat kat hati nak buat master room dgn dapur tu sikit... emmm bila tu entahlah, agak2 budget ada nanti aku on jer hehehe. ingat! tak rugi beli rumah ni, selain kita punya sendiri kalau kene pd tempatnya rumah ni akan jd aset paling bernilai buat kita. pilihlah area kesukaan korang, layan gambar depan rumah aku. yg dlm malas nk tunjuk sebab bersepah dgn barang, blum ada masa nak kemas lg ni der hehehe.... :)