Salam Maal Hijrah, sempena tahun baru dlm kalender Islam ni mari lah sama2 kita besyukur kerna masih mampu menghirup udara menandakan ada lg nyawa di jasad pinjaman ini. mcm biasalah bila masuk tahun baru ini ramai yg akan membuat azam baru. tp berlainan buat aku di tahun ni... kali ni aku juga memasang azam di thn baru ini disamping hijrah (pengorbanan) yg amat besar aku terpaksa lakukan dlm kerjaya aku sendiri.
tahun ni aku dah memilih utk 'settle down' dlm tempat tinggal aku, bekerja tetap (setelah 5 thn buat freelance) dgn sebuah company di melaka, menjawat jawatan yg tak pernah aku bayangkan sebelum ni dan hati mula dah menyenangi kehidupan sederhana aku di melaka. tapi hijrah tetap hijrah, hijrah utk kebaikan... hijrah utk mengecapi cita-cita... hijrah utk memperbaiki iman, insyaAllah...
panjang menung aku bila memikirkan hijrah aku ni, penuh masa seminggu lalu aku meneliti dr pelbagai sudut dan aspek. matlamat aku satu tapi byk perkara yg terpaksa aku korbankan. masa dah makin suntuk, 3-5 thn dr sekarang bukanlah masa yg panjang. pejam celik pejam celik dah pon hujung tahun 2011. kurang 35 hr kita akan mengharungi pahit maung tahun 2012 pula...
kadang2 jauh disudut hati ni terdetik juga soalan2 yg tak mampu nak aku huraikan. betul ke keputusan aku ni? berbaloikah pengorbanan (hijrah) aku ni? kalau gagal bagaimana? puas hatikah semua pihak yg terlibat?. jawapan aku... entahlah. yg mampu aku buat hanyalah Doa, Usaha, Istiqomah dan Tawakal dlm membuat keputusan ini. kalau nak ikutkan dah beberapa kali aku dalam situasi sebegini, tapi kali ni berbeza sama sekali. kalau dulu aku akan minta pandangan dr adik-beradik dan rakan2 terdekat namun kali ni aku perlu melakukan sendiri. kerna apa jua keputusan aku, bukanlah utk aku seorang.
benar aku pasang matlamat utk menjadi full time trader dlm 2 thn ni, kerna itu jugalah aku perlu melakukan hijrah ini. seiring dgn itu jugalah pertimbangkan aku utk keluarga diambil kira, sampai bila aku perlu di dlm kepompong yg sama. pengalaman dah mengajar aku sebelum ini, pengalaman jualah yg mendewasakan aku. mcm lah aku ni budak2 lg hehehehe.... :P. tu dr satu sudut, dr satu sudut yg lain byk perkara yg terpaksa ditelan. kalau nak dihuraikan terlalu byk perkara perlu diambil kira, kita tak mampu utk memuaskan semua tak mampu utk melakukan semua dlm satu2 masa.
utk berjaya kita perlu berkorban, utk maju kita perlu berkorban. inilah pengorbanan aku, inilah hijrah aku utk tahun baru ini. keputusan sudah dibuat, keputusan sudah muktamad. apa jua yg akan berlaku aku perlu pandang ke hadapan tidak lagi sesekali menoleh kebelakang. apa erti hijrah kita ini jika tiada pengorbanan. aku percaya korang juga mempunya hijrah tersendiri, pelbagai cerita hijrah/pengorbanan yg korang sudah lakukan. bagi aku inilah hijrah aku. selamat menempuh thn baru hijrah 1433 dgn penuh keimanan, insyaAllah
Isnin, 28 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 Komen:
test... test... test template baru hehehe
Catat Ulasan