'Fikir Di Luar Kotak' ada sesuatu yg menarik aku utk menulis mengenainya. maksudnya amat jelas, jelas utk mengajak kita berfikir secara terperinci. boleh aku samakan ungkapan ini sama ertinya 'seperti katak dibawah tempurung'. mengapa perlu kita berfikir di luar kotak? mugkin ada yg ambil mudah, jom aku cuba huraikan satu persatu maksud yg tersirat mengikut pandangan aku secara peribadi....
1) Fikir - ayat fikir tu pun sendiri menyuruh kita berfikir. fikir yg mana betul, yg mana salah. yg mana halal, yg mana haram. buah fikiran jualah yg membezakan seseorang itu, cara berfikir dapat juga melebalkan sejauh mana tahap seseorang. setuju atau tidak, inilah kenyataannya. kalau tidak masakan Najib tu perdana menteri kita, kalau nak kata beliau pandai ramai lg yg lebih bijak bukan... entahlah, sama-sama lah kita fikirkan :)
2) Di Luar - menyatakan betapa kita perlu sesekali berada diluar kepompong kita. sesekali keluar dr dunia kita, keluar dr dunia khayalan kembali kedunia nyata. payah sangatkah nak buat sampai tahap ni? tak susah mana pon, yelah kekadang kita 'fikir' hingga 'di luar' sedar kita sendiri. mengimpikan sesuatu yg tak mungkin kita capai...
3) Kotak - kotak ni aku boleh ibaratkan umpama 'tahap IQ' kita... bukan semua yg pandai2 berjaya dlm hidup mereka, dn bukan semua pon yg berjaya itu pandai2. tgk jer Syed Mokhtar Al-Bukhari tu, blaja pon takat spm jer... tp apa yg beliau punyai sekarang, beliau lah antara jutawan melayu yg amat berjaya. kerna apa? kerna usaha, kerna beliau mampu berada di luar 'kotak.'
saja jer aku nak huraikan ikut rasa aku sendiri, kalau korang setuju angguk kepala :P... kalau tak atau ada pendapat masing2 tu aku pon tak kisah. lain org lain 'fikir' nya hehehe... tp aku rasa lebih mudah kalau aku bandingkan dr segi pengurusan kewangan. cuba korang amati betul2 ayat ni 'Fikir Di Luar Kotak'. org beli emas kita pon beli, org beli perak kita pon ikut, org buat ODASB kita pon buat, org buat loan ASB kita pon ambil sama. tp kenapa org berjaya, kita pula paras2 hidung jer. kadang2 terjerat dgn perlaburan sendiri. sebab apa? sebab ILMU. kita ada ilmu tp masih tak mampu utk maju, sebab apa? sebab kita perlu Fikir Di Luar Kotak.
takde bezanya pon, sama2 pergi seminar sama2 pergi kelas dan sama2 pon dapat ilmu tu. cuma cara masing2 berfikir jer membezakan. so, cubalah fikir diluar kotak... gunakan apa yg ada disekeliling kita selagi mampu. buat duit dari duit, kerna itulah rahsia jutawan2 diluar sana. kerana mereka tahu bagaimana utk menjana kekayaan dr duit orang lain... selamat berfikir :)
Rabu, 7 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan