Pages

Subscribe:

Isnin, 26 Disember 2011

durian runtuh

salam santai buat semua, lama rasanya tak online kat blog ni. ada beberapa perkara yg perlu aku settle kan. rasanya buat teman2 rapat dah dapat mengagak perkara tu hehehe :)... dlm pada masa yg aku juga sibuk mencari material2 baru buat blog ini.

ok... pejam celik, pejam celik dah penghujung tahun. buat yg kerja mkn gaji di bulan2 terakhir ni ramailah yg tersenyum simpul sendirian, dah mula2 mencongak bonus yg bakal diterima hehehe... biasalah tu, aku pon mcm korang gak :P. buat kaki2 ASB dan ODians time-time cam begini dah sibuk2 menekan kalkulator mengira berapakah dividen yg bakal diraih... walhal PNB pon blum buat pengumuman lg tu hihihihi... seperti kebiasaannya lah rata2 ramai yg dah boleh agak dividen yg bakal diterima nanti, lagi2 kalau ada yg mengikuti sejarah pembahagian dividen bagi beberapa thn2 yg sudah.

yg terima bonus dr company, tak kiralah setengah bln ke... 1 bln ke... 2 bln ke yg penting kita syukur dgn rezeki yg ada. buat yg ada melabur di dlm ASB hujung2 thn ni bolehlah dianggap bln durian runtuh (biasa dividen dapat bln januari der...). mana tidak dlm setahun dapat 2 kali bonus. WOW!!! setahu aku mana ada company nak bagi mcm ni ye bonus, 2 kali setahun tu hehehe... nilah hebatnya kan kalau kita menyimpan, kalau tak ada bonus dr company pon sekurang-kurangnya kita perolehi dr hasilpelaburan kita.

buat kaki KPF dividen dah dirasa, kaki ASW dividen pon dah dirasa dan kini tiba pula buat kaki ASB. mcm buat kaki2 emas dan perak dah sepanjang thn korang kutip 'dividen', rehat2 lah dulu hehehe... apa jua pelaburan anda, anda berhak mendapat manfaat darinya. so pilihlah pelaburan yg sesuai dgn anda, yg sesuai dgn potfolio kewangan anda....

0 Komen:

Catat Ulasan