Aku ingin mendalami dunia forex degan lebih dalam, sehingga kini masih tak putus-putus membaca bahan berkaitan mengenai forex. Tanpa rasa sedikit pun jemu melayari internet mencari bahan berkaitan. Tapi apalah gunanya kalau belajar tanpa guru… bukan ilmu tu tak sampai, ada sebahagian perkara yg perlu diterjemahkan melalui pengalaman. Betul kata org bijak pandai, jika kita belajar sendiri kita cuma dapat satu dan jika kita belajar melalui pengalaman seseorang maka akan perolehi lebih dr itu….
Perjalanan trade aku masih terumbang-ambing, pasang surut bak air dilautan. Entah lah… guru dah dicari, ilmu dah didalami, teknik sudah difahami tapi masih belum mencapai tahap yg aku ingini. Syukur Alhamdulillah aku tak amibil masa yg lama utk memahami forex ni… jika diikutkan sekitar bln 2 aku mula mempelajari forex. Sehingga kini masih belum cukup pun setahun, bak kata pepatah tu bolehlah dikira setahun jagung hehehe… cukup lama kah setahun tu? Bagi aku tidak, ni hanyalah permulaan perjalanan hidup aku sebagai seorang trader. Aku mengenali beberapa org trader yg sudah berjaya, paling tidak 4-6 thn mereka bergelumang sebelum berjaya memasuki ‘family’ forex ini.
Aku punyai matlamat sendiri, mugkin lambat dan cepat jer menjadi penghalang utama. Benar aku masih lg terkial-kial did lm ‘family forex ini, tp tak sedikit pun mematahkan semangat aku utk terus berjuang, terus maju hingga aku akan kuasai forex sepenuhnya. Dan kini aku berada di dlm salah sebuah komuniti forex yg besar di negara. Bersama-sama dgn rakan lain berjuang did lm dunia forex, aku bukan sendirian. Melalui group ini aku mampu melihat lebih jauh, mendalami perkara yg seblum ni hanya dipandang remeh.
Di awal penglibatan aku cuma ingin jadikan forex sebagai salah satu side income, mencari duit ‘tepi’ utk digunakan. Tapi kini persepsi aku sudah berubah, forex bukanlah setakat itu sahaja, forex lebih hebat dr itu, forex lebih besar dr itu, forex adalah satu perniagaan. Ya satu perniagaan! Secara tak langsung aku sudah melakukan 2 perkara dalam 1 masa. Memenuhi cita-cita utk menjadi usahawan dan aku juga seorang pelabur/trader.
Forex satu pelaburan, forex satu perniagaan. Inilah dunia aku, yg akan aku peljari dan perjuangkan. Agak lambat aku didedahkan dgn forex, tp bukan satu lah alasan utk aku tidak terus mempelajarinya. Ilmu ini pun tak akan putus, kerna selagi bernafas aku akan cuba berkongsi sebanyak mana ilmu yg ada…. Ya betul, mugkin sekarang aku masih lg bertatih tp tak mustahilkan satu hr aku juga akan berlari, berlari tanpa perlu menoleh menuju ke garisan penamat.
0 Komen:
Catat Ulasan