lepas akaun aku kene lg margin call (MC) aku rehat hampir 3 mggu dr melihat market, lost trading dulu buatkan aku merajuk dgn forex. kemudian aku kembali gunakan demo akaun utk kembali trading, keputusan yg aku ambil setelah berfikir panjang. dlm 3 mggu tu ada juga cuba contact member2 seperjuangan dan seguru bertanya khabar. rupa2nya aku bukan berseorangan, ramai yg mengeluh sebab masih belum dapat menguasai forex ini dgn mudah.
dlm beberapa kenalan yg aku berhubung, masih ramai lg yg sambung 'berguru' dgn sifu-sifu forex diluar sana utk memantapkan diri. disinilah aku dikenalkan dgn sebuah komuniti forex diterajui oleh en. kamal dlm merekrut seramai mana jutawan dlm tempoh 5 thn. tp aku masih belum mengendahkan saranan rakan utk terlibat sama dlm komuniti ini. yelah kan... rasa kecewa dan rajuk aku dr lost tu hari masih terasa lg hehehe.
raya tahun ni aku meluangkan masa menziarahi kawan2 yg berada disekitar lembah kelang, rasanya dah lama tak bersua muka sejak aku mengambil keputusan utk bekerja luar dr KL dulu. dlm ramai2 tu ada seorang rakan ni juga merupakan salah seorang anak didik jaguh forex, dlm diam2 dia menghadiri kelas jaguh forex ini. katanya dia mengetahui jaguh ni melalui internet, pernah utk beritahu aku tp terlupa dek sibuk ngan kerja harian. balik dr rumahnya mlm tu buat aku fikir panjang dlm perjalanan pulang. yg akhirnya aku ambil keputusan utk melawati web site jaguh forex ni, melalui web site ni aku mula tertarik hati dan terus hubungi admin utk buat tempahan.
bln september lepas, aku berkenalan dgn jaguh forex... bersemuka mata ke mata dgn cikgu kamal. nyata saranan kawan2 aku sebelum ini tidak meleset. aku tertarik dgn niat ikhlas cikgu kamal ini utk melahirkan jutawan forex. satu niat yg murni bg aku sebab dgn kesungguhan dan keinginan cikgu kamal utk berkongsi ilmu yg ada. namun bukan semudah itu utk dia mengambil kepututsan, setelah menceburi diri lebih 13 thn (kalau tak salah) barulah dia sudi berkongsi suka duka dlm dunia penuh pancaroba ini. la ni dah 10 thn plak tanam anggur hahahaha... cisss jeles aku siotttt
bila aku menulis siri 5 ni, byk kali ayat2 aku edit. takut ada yg terasa hati, takut ada yg cakap2 aku hanya mengagung-agung jaguh forex ni. aku tau ramai otai2/sifu2/masta2 diluar sana dah berjaya dah buktikan yg mereka juga boleh berjaya dgn teknik/cara/skill masing2. ye aku percaya, cuma aku disini hanyalah menulis kisah benar perjalanan aku sebagai seorang trader. bermakna aku akan menulis tentang sesiapa saja yg terlibat secara langsung atau tidak dlm perjalanan trading aku ini. haraplah memahami tujuan dan hasrat tulisan aku ini.... :)
mengenali dunia jaguh forex merupakan satu lg pengalaman bermakna buat aku. kini aku belajar menganalisa market dgn lebih mendalam. sebelum ini pon aku pernah berguru dgn beberapa sifu, nyata teknik mereka jua hampir sama. cuma mungkin kerna aku malu atau dek kesibukan mereka membuatkan jarang2 sekali berhubung. melalui jaguh ini ada berlainan sedikit, setiap minggu adad saja kelas revision... hujung minggu ada saja kelas secara online atau offline yg diadakan. kami budak2 jaguh bila2 masa saja dijemput utk terlibat sama tanpa dikenakan bayaran tambahan. dgn cara ini dapat menyuarakan apa jua persoalan yg terbuku dihati. kdg2 memang dah buat betol dah dek kerna kurang konfoden acap kali mengubah pendirian sedia ada.
siri akan datang aku akan kupas tentang trading aku. adakah lebih konfiden & konsisten??? insyaAllah nanti aku share lg...
Selasa, 22 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 Komen:
Susah nak cari tenaga penajar yg jujur. Kebanyakannye hanya pikirkan ke untungan sendiri.. sy dah banyak kali di tipu.sampai sekarang masih mencari manusia yg betul2 ikhlas utk mengajar. Bg pendapat sy.. jika kita membantu sesama kita,tak mustahil ekonomi kita pun akan pulih
Istilah margin call perkara pertama dan wajib difahami . Pemain matawang sering averaging kerana overconfident dan timbul rasa ghairah meluap luap ingin menggandakan profit..itu pengalaman saya jadi trader
Catat Ulasan