dah lama mengimpikan utk memiliki sebuah rumah sendiri, yelah lama betul rasanya duduk menyewa ni. dari zaman remaja sampailah dah bekerja ni. bukan tak mampu nak beli, tp byk perkara yg menghalang terutama yg terlalu peribadi utk diceritakan disini. bukan setahun dua menyewa bro, kalau dijumlah duit sewa tu mau dapat sebuah rumah flat dah kot hehehe. untung betul tuan2 rumah yg pernah aku sewa dulu, mana taknye tak pernah miss bayar bulan2 tu. siap ada plak yg call minta bayar awal sket :P.... apa2 aje lah.
berapa harga? yg ni tak perlulah nak sebut, cukuplah aku nyatakan rumah aku jenis teres 1 1/2 tingkat dgn 4 bilik tidur 3 toilet. ni je rezeki yg ada buat masa ni, masa hadapan tu tak tau lah hehe. taman area aku ni boleh dikatakan penempatan baru, dibangunkan baru dlm 2-3 thn yg lepas. suasana agak tenteram dgn setup yg menarik keseluruhannya. kalau ditengok pd master plan yg ada di pejabat pemaju, dlm 10-15 thn lg kawasan ni akan pesat membangun. tu rancangan diorang je lah kan, jadi ke tak takde sape pun tahu, yg penting area ni selesa utk didiami.
rumah aku ni kat area melaka. kenapa melaka? emmmm... mugkin terlalu subjektif cuma mugkin melaka negeri yg tak berapa sesak (trafic jam la) membuatkan aku tertarik hati. lg pon dekat nak balik kg negori sembilan hehehe. boleh kata semua negeri aku dah tinggal (atas urusan kerja) hanya beberapa buah negeri jer yg berjaya memikat hati ni. antara pilihan yg ada aku letakkan melaka dibawah negeri kelahiran aku sendiri. cuma atas sebab aku bekerja disebuah company di melaka yg akhirnya pilihan aku putuskan utk menetap disini.
sekadar nak berkongsi, ni dr pengalaman real aku sendiri. kalau mampu belilah rumah sendiri, tak kisahlah besar mana pun dan berapa harga dia. yg penting kita punya kan, sebabnya mudah cuba fikirkan kita bayar sewa bulan2 tapi rumah bukan kita punya. kalau kita mampu menyewa sebenarnya kita mampu utk mempunyai sebuah rumah. ni pengiraan mudah jer kan, tapi kesan jangka panjangnya yg menyebabkan kita rugi sendiri. ni yg aku nampak semasa aku menyewa dulu, cuma beberapa perkara yg membataskan aku utk memiliki rumah dari awal. apa2 pun aku bersyukur akhirnya aku ada rumah sendiri
apa2 pun rancang perbelanjaan kita sendiri. tak perlu nak ikut lagak org lain, kita guna apa yg termampu je. kalau mampu beli banglo belilah, kalau tak rumah teres pon ada kan. jgn sampai membebankan diri sendiri dah kira bagus, bak kata Azizi Ali belanja di bawah kemampuan. lepas ni sibuklah aku nak hias rumah baru ni, belum ambil kunci dah berbelas majalah deco aku beli hehehe. nak cari modal idea sket, hajat kat hati nak buat master room dgn dapur tu sikit... emmm bila tu entahlah, agak2 budget ada nanti aku on jer hehehe. ingat! tak rugi beli rumah ni, selain kita punya sendiri kalau kene pd tempatnya rumah ni akan jd aset paling bernilai buat kita. pilihlah area kesukaan korang, layan gambar depan rumah aku. yg dlm malas nk tunjuk sebab bersepah dgn barang, blum ada masa nak kemas lg ni der hehehe.... :)
Rabu, 2 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 Komen:
thanks atas feedback kengkawan, byk gak dpt call utk citer selanjutnya... :)
Catat Ulasan