Pages

Subscribe:

Jumaat, 5 Oktober 2012

Rezeki, Syukur & Amanah

Alhamdulillah... Ku panjatkan syukur pd Allah S.W.T, tuhan yg maha esa dan Dia jualah pemberi dan pembuka rezeki di seluruh alam semesta. Hari ni aku menerima 'rezeki' dr Illahi yg tak ternilai nilainya. Lama diperam blog aku ni, sibuk dlm mengatur kembali kehidupan dan pelaburan sedia ada. Dan aku bersyukur masih berkesempatan utk mencoret sebaris dua ayat buat teman2....

Mungkin ada yg berkata-kata 'org buat blog kau pun nak buat, tp tak updated....'. Akur, aku akur. Tapi aku bukanlah se'fulltime' mcm sesetengah blogger yg ada. Aku masih bekerja mkn gaji, masih juga seorang trader... not full time but sometime :). Memetik kata-kata guru forex aku, kenapa perlu aku berhenti sedangkan trade aku dlm keadaan terkawal dan belum pasti apa yg mungkin terjadi jika aku memilih menjadi full timer.

Matlamat blog ni masih seperti asal, blog ni sebagai diary (jurnal) aku dlm menceburi dunia perdagangan dan pelaburan. Asalnya sekadar jurnal utk 'koleksi' sendiri dan sebagai rujukan, tp aku sengaja dedahkan pd teman2 semoga peroleh ilmu dan pengalaman secara tak langsung juga. Ya aku masih seorang pedagang atau kebiasaan org menyebut trader, sejak mula terjun ke dlm market di awal tahun 2010 aku masih dahagakan ilmu yg ada. Pasang surut dlm market asam garam buat trader, dan sedikit pun tidak melemahkan malah mematahkan nafsu aku dl dunia trading.

Jika diizinkanNya dan tiada aral aku akan mulakan semula jurnal aku dlm dunia trading sepetri biasa. Disamping mula berjinak-jinak dlm dunia saham. Satu pengalaman baru dan aku teruja utk mendalaminya dgn sedalam-dalamnya. kenapa aku memilih tajuk post ni REZEKI, SYUKUR & AMANAH. Tujuannya utk aku malah buat teman2 merenungkan diri kita, dr rezeki yg diperolehi, dr kesyukuran yg dipanjatkan dan dr amanah yg dipikul... adakah kita telah melaksanakannya dgn ikhlas dan telus. Mari kita renungkan bersama-sama. Semoga ada hikmah disebalik tiap-tiap kejadian itu.... Wallahualam


Jumaat, 10 Ogos 2012

fuhhh... berabuk dah blog aku ni

Salam Ramadhan... dah masuk 21 hari kita mengerjakan ibadah puasa utk tahun 2012. Alhamdulillah... syukur dgn kesihatan yg diberi utk melakukan puasa setakat hari ini. Aidil Fitri pun hampir menjelang tiba, dikesempatan ini ingin juga saya menyusun 10 jari memohon ampun & maaf kiranya ada tersalah or terkasar bahasa ketika menulis, dan terkasar perbuatan buat yg mengenali saya secara peribadi.

Lama betul tak menulis... bukan apa, saya juga hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang. Allah SWT jualah yg maha menentukan & maha mengetahui. InsyaAllah, beri sedikit ruang dan masa utk kembali aktif. Dan akan kembali dgn story-story real dr kisah perjalanan saya dlm dunia trad.ng.


.....TULUS IKHLAS DARI PELABUR SANTAI.....


Khamis, 24 Mei 2012

Masa Sesuai Borong Emas...

Kemelesetan ekonomi sudah terasa... byk kommoditi2 utama dunia mengalami keruntuhan harga, matawang dunia juga turut merundum jatuh. Byk faktor yg terlibat dr cerita negara Greece hinggalah ke nilai minyak dunia per tong. Tidak lupa juga dgn logam utama dunia yg satu ini, emas juga mengalami kejatuhan.
Dr harga pasaran semama RM180/gram kini smua org boleh membeli dgn harga sekitar RM150/gram. Murahkan? jauh betul perbezaannya, jika dibandigkan dr hujung thn lepas dan dgn harga sekarang. So pd kaki2 emas sekalian inilah masa anda utk restok smula atau mula2 mencari lelong2 emas yg byk berlaku sekarang ni...

Bg aku emas ni sekadar simpan yg sedia-ada sajelah... tumpuan lebih terarah kepada futures ketika ni. lebih kpd jual beli sawit di alam maya hehehe.... dgn kata mudah berdagang CPO. Sebelum berlaku kejatuhan ni aku ada mendapat beberapa pendapat dr rakan2 yg tegar pasal emas ni. So tentang kejatuhan ni pon mcm bleh dijangkakan.

Bln 3 & 4 lepas sampailah due date utk beberapa emas den kat ar-rahnu, sebabkan akan berlaku kejatuhan ni den dgn redha membiarkan emas tu dilelong hehehehe... alhamdulillah dr hasil lelong tu masih peroleh RM600++ gak :). Kalau ikutkan masa sesuai nak beli, tapi bila fikir2 kan modal nak labur di CPO pulak ni. Rezeki mana tau kan, yak cuba tak tau....

Cakap byk pon tak guna, emas mmg tengah murah dah ni... sapa2 yg nak beli or tambah stok nilah masa yg sesuai. Pd yg nak tggu harga jatuh lg, tggulah... klau tak jatuh2 dan terus meroket naik padan muka korang hehehehe... advise den belilah secara berperingkat, jika sekarang murah belilah sikit. klau lain kali murah beli lg... smoga dgn cara mcm ni kita dpt mengoptimakan keuntungan kita, insyaAllah

Sabtu, 14 April 2012

Kisah FCPO Trader

Yg ni den copy paste utk renungan bersama-sama, kredit utk tuan blog http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/

Berikut ingin kami kongsikan beberapa kisah trader yang menjalankan urusniaga FCPO secara full time atau part time. Kisah ini adalah hasil dari pengalaman FBR sendiri yang menguruskan akaun client masing - masing. Baca dan renungkan setiap situasi berikut.


Kisah 1 :

Ada seorang trader, buka akaun dengan RM250k.

Dari mula trade, dia buy sahaja. Seminggu masuk 2, 3 lot. Tetapi dia beli kontrak month yang jauh. Orang lain biasanya trade bulan ketiga, dia trade bulan ke 5.

Bila buy, dia simpan sampai kontrak tu jadi bulan ke dua, barulah dia jual.

Sekarang, cash balance dia dah jadi RM300K. Campur dengan floating profit, jumlah menjadi RM500K. Itu pun dia open positionnya hanya lebih kurang 50 lot je.

MORAL OF THE STORY : MARGIN BESAR DAN MARGIN KECIK, LAIN-LAIN CARA TRADINGNYA


Kisah 2 :

Ada seorang trader, buka akaun dalam RM125K.

Awal-awal lagi dia cerita, remisier saham dia asyik bagi advise tak betul. Jadi dia tak nak sapa-sapa bagi advise kat dia.

Dia sell FKLI, market pun naik. Market naik, dia sell lagi. Dia kata average selling dia akan naik ikut market, jadi loss dia tidak akan besar sangat.

Lagi seminggu nak expire kontrak, dia start masuk FCPO. katanya untuk cover apa yang dia akan rugi di FKLI. Tapi FCPO against dia jugak. Jadi bila FCPO makin lawan position dia, dia masuk lagi. Sekali lagi dia kata dia nak averagekan position dia.

Lagi dua hari FKLI nak expire, dia cut loss di FCPO. Katanya margin yang diguna di FCPO tu untuk tambah position kat FKLI. Selepas itu dia masuk lagi sell kat FKLI untuk averagekan position dia.

Akhir sekali, bila FKLI expire, dia kena ambil loss. Semua loss dia termasuk yang dia kena di FCPO, jumlahnya RM45K.

MORAL OF THE STORY : JANGAN LAWAN MARKET, IKUT MARKET!


Kisah 3 :

Ada seorang trader, akaun dia 80K.

Hari-hari dia masuk-keluar, masuk-keluar. Tapi dia tutup position cuma bila untung sahaja. Kalau market against dia, dia simpan dan tunggu market patah balik. Sudahnya kena margin call.

Kemudian dia datang ofis, bagi dua keping cek. Cek 20K untuk top up margin call. Lagi satu cek 35k dia kata simpan dulu kalau-kalau ada lagi margin call. Kata dia, payah nak tinggalkan kerja dia (walaupun untuk pegi bank?) jadi dia bagi siap-siap.

Dua minggu lepas tu, dia nak tambah position baru, FBR beritahu yang margin untuk akaun dia sudah maksimum. Dia kata, depositkan cek lagi satu tu sebab dia nak masuk position baru jugak. Jadi FBR pun key-in order baru dan kemudian tolong depositkan cek tu di bank.

Esoknya, bank telefon, mengatakan cek kena tendang. Bila call client tu, dia kata payment bisness dia lambat sikit dapat. FBR tu cuma mampu terlopong je la.

MORAL OF THE STORY : JANGAN OVERTRADE! TRADE SEKADAR IKUT KEMAMPUAN MODAL SEBENAR SAHAJA.


Kisah 4 :

Ada dua orang trader, adik-beradik. Mereka ni student kolej.

Masa tu margin intraday RM1K. Jadi kedua-duanya buka akaun dengan margin RM1K.

Trade intraday je. Target untung dalam RM100 sekali trade. Kalau ada peluang, mereka masuk dua kali, masuk-keluar masa pagi dan masuk keluar masa petang. Kalau tak sekali je la sehari.

Akhir bulan pertama, akaun masing-masing adalah dalam RM2.5K. Bulan kedua dalam RM6K. Langsung dua beradik ni minta cuti satu semester daripada kolej. Lima bulan pulun, berakhir dengan cash balance RM25K setiap sorang.

Yang menariknya, sepanjang 7 bulan tu, mereka sama-sama trade, sentiasa bincang pasal market. Kalau sorang kata market up, sorang lagi market down, mereka akan debat tapi masih lagi trade buat sendiri-sendiri.

Ceritanya asalnya, masa mula-mula bukak akaun, duit loan belajar mereka, mereka asingkan RM1k sebagai modal dan RM375 untuk subscribe nextview untuk 3 bulan (RM375 x 2 orang = RM750 = subscribe nextview untuk 3 bulan). Jadi baki duit loan belajar, memang betul-betul digunakan untuk yuran kolej. Laptop, pinjam dari abang sulung kerana masa itu abang sulung pergi kursus 3 bulan kat oversea.

Sekarang ni dua beradik ni hanya aktif masa cuti semester je, kerana mereka dah sambung belajar balik.

Mereka ni buka akaun dalam 2,3 tahun dulu. Baru minggu lepas diorang keluarkan duit dalam RM15k sorang, nak buat belajar kata mereka.

MORAL OF THE STORY : TRADING TOOL MESTI ADA



Kisah 5 :

Ada seorang trader, bila nak trade je datang ke ofis.

Satu hari dia order buy. Pastu market naik. Pada masa market dah naik dekat 25 point, dia kata nak tunggu lagi sebab dia kata market boleh naik lagi tinggi.

Pastu market jatuh 20 point, dia kata dia akan bertahan sebab market akan naik semula.

Pastu esoknya, market jatuh lagi 30 point, dia kata takpe pasal market nanti akan rebound dan naik semula.

Macam tu la hari-hari sampai dekat dua minggu. Dalam tempoh ni, memanjang kena margin call. Nasib baik, dia ni jenis orang ada duit, jadi dia tambahla.

Last sekali dia ambik la profit 10 point bila market dah naik lebih dari harga dia beli.

Tempoh dua minggu. Tambah margin empat kali. Untung 10 point.

Dia sendiri cakap yang dia tak puas hati bila untung sikit sebab duit yang dia masukkan untuk trading 1 lot nisbahnya RM8K. Dapat untung cuma RM250 lepas dua minggu.

MORAL OF THE STORY : SESUAIKAN TRADING PLAN DENGAN MARGIN YANG ADA.

Jumaat, 23 Mac 2012

diam-diam ubi berisi

mesti korang pernah dengar pepatah ni kan 'diam-diam ubu berisi'... korang tahu apa makna nye tu? meh den bagitau ek... jawapan nye den lah tu hahahaha. jangan marah abg2 der & kak2 der sekalain, sajo ambo wak lawak sket... lama tak menulis rindu bebeno rasa di sanubari ni :).

diam-diam aku pon bukan sediam yg disangka. aku sibuk mendalami ilmu2 dlm CPO ni, bidang baru yg akan aku ceburi. dlm [ada masa yg sama juga mendalami dan meneruskan mempelajari selok belok duni Forex. yesss forex dah diwartakan haram, jadi adakah salah aku mempelajari ilmu2 berkaitan Forex ini? jawapan aku tidak sama sekali. bukan sebab aku menentang Fatwa sedia ada, tetapi bg trader2 diluar sana pasti faham ilmu Forex itu juga diguna pakai di dlm CPO.

3 minggu sudah ada menghadiri satu kelas (lebih muda menamakannya 'sesi coaching') yg dianjurkan oleh saudara Matt, korang bleh cari dia di dlm FB dgn nickname 'Tuan Penjejakx'. yg mana aku klasifikasikan sesi aku ini berjaya. yelah mugkin aku sudah punyai basic forex sebelum ini, cuma dlm sesi ini aku mendalami dunia sebenar CPO. makin terbuka 'lapangan perang' di depan mata rupa-rupanya, byk peluang yg terbentang tapi gagal utk aku lihat sebelum ini.

dr sesi coaching aku didedah kan dgn broker2 yg ada di Malaysia, di ajar cara2 memahami market CPO (melalui chart), stratergi masuk market utk buy/sell. pendek kata.... tu belum panjang lg yg berkata-kata hahahahahaha. 1-2 mggu ni giat aku trade (secara demo/paper trade) utk memastikan teknik aku selari dgn market. so takdelah lain kali bila aku beli org jual, aku jual org beli pulak hehehe... fuhhh nampak complicated sgt ker brooo? tak sebenarnya, tak jika kita punyai ilmu yg betul :). so buat newbie dlm CPO ni mari sama2 kita berniaga, buat otai2 mohon tunjuk ajar agar tidak sesat ditelan 'arus' hehehe.

aku masih seorang trader. dulu dlm Forex, kini.... insya'Allah jika tiada aral bulan April ini akan memulakan 'bisnes' aku dlm CPO.

Sabtu, 3 Mac 2012

forex ke cpo... masih seorang pedagang

Salam santai... yezaaaa, apo khoba (khabar) kengkawan? dua mggu lepas terkejut dgn fatwa pasal forex adalah haram, apa2 pun persoalan fatwa ini sudah pun diwartakan. senyap sebentar dr dunia forex, aku ambil kesempatan menghadiri satu kelas coaching mengenai cpo atau lebih biasa fcpo. menarik, satu ilmu baru yg aku pelajari.

forex tetap aku tak lupakan, malah masih terlibat lg. wowowwww... jgn fikir bukan2 dulu brader2 & kakder2 sekalian hehehehe. aku masih lg meng'join'kan diri dlm sesi pembelajan forex ni, tp bukan dalam trading. kalau trade forex haram, apakah ilmu yg ada ni terpaksa dihentikan setakat itu sahaja kan? perlu faham, apa yg aku peljari ni lebih pada teknikal analisa, belajar cara2 memahami market itu seadanya. so adakah ia haram juga? wallahu'allam... siapalah aku utk menetukan hukum2 ini :)

teknikal forex hampir sama dgn teknikal cpo, byk yg sama (mcm cs, indi & etc... yg ni trader2 je faham ni hehehe) cuma aku perlu pandai sesuaikan dgn market itu sendiri. alhamdulillah... baru2 ni ada terima satu email dr broker cpo, dlm 2-3 hr ni akaun aku akan di activate. so dah bleh training ler trade cpo ni hehehehe... sedikit pon semangat aku tak paah dgn fatwa yg dikelurkan tu. klau forex haram, adakah segala2 akan haram? tidak sama sekali kan, so inilah altenatif aku.

harapan masih harapan, impian tetap impian. biar cepat atau lambat, azam aku perlu ditunaikan. aku pernah nyatakan yg perlu 2 thn untuk menguasai forex dan menjadikan salah satu sumber rezeki tetap aku... nampaknya sedikit tercalar dgn perkara yg tak didugakan. ada hikmah di dalam sesuatu perkaranya. kalau tidak maskan aku akan empelajari cpo secepat ini. Aku Seorang Trader cerita mengenai aku sendiri, cerita benar suka duka aku di dalam dunia trading ni. nampaknya kalau seblum ni byk cerita berkisar forex, lepas ni akan ada pula cerita mengenai cpo hehehe.

stakat ni ler pengenalan dr aku... dr forex ke cpo. insyaAllah segala perjalanan aku dlm dunia trading amnya dan cpo khususnya akan aku catat. so... jgn lupa baca kisah2 aku dlm Aku Seorang Trader. hingga jumpa lg....

Sabtu, 25 Februari 2012

Langkah dari BNM

Artikel yg menarik, copy paste dr facebook Anak Anak Negeri Sembilan. utk renung rakan2 semua.

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM)..Adakah Ia Berkesan ?

Sahabat semua, sepertimana yang kita ketahui mulai 1 Januari 2012 lalu bank pusat kita iaitu Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluarkan satu garis panduan yang dikenali sebagai Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab kepada semua institusi kewangan. Melalui garis panduan ini, kelulusan atas permohonan pembiayaan akan diperketatkan bagi tujuan mengawal kadar hutang isirumah Malaysia yang dikhabarkan mencecah RM 577 billion atau 74 peratus dari KDNK negara setakat November 2010.
 
Berdasarkan garis panduan ini kelulusan permohonan pembiayaan adalah berdasarkan Pendapatan bersih seseorang. Ini bermakna semua pendapatan kasar individu akan ditolak dahulu dengan segala potongan wajib yang ada seperti potongan KWSP, Socso, Potongan Cukai Berjadual (PCB), PTPTN dan segala jenis pembayaran wajib yang sedang berkuatkuasa. Pendapatan bersih itulah asas yang digunakan untuk meluluskan pembiayaan seseorang. (method sebelum ini hanya pendapatan kasar diambil kira)

Pihak institusi kewangan perlu memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan dipohon. Ini termasuklah jumlah pembayaran balik yang perlu dibayar, kadar faedah / keuntungan yang perlu dibayar, kesan kenaikan kadar faedah dan sebagainya. ( method sebelum ini pelanggan hanya datang untuk tandatangan surat perjanjian dan hanya mengetahui kadar bayaran bulanan sahaja).
Khusus untuk pembiayaan kereta, kadar tahunan maksimum hanyalah 9 tahun sahaja. Kadar ini adalah relevan dengan jangka hayat sesebuah kereta itu ( method sebelum ini ada yang meletakkan sehingga 15 tahun )
Walaupun ramai yang menentang pelaksanaan garis panduan ini khususnya di kalangan pengeluar kereta yang menyatakan bahawa jualan kenderaan telah menyusut sehingga 11% pada Januari lalu, ada baiknya ia diperkenalkan.

Secara peribadi, saya bersetuju dan menyokong pelaksanaan ini yang antara lain adalah untuk mengawal kadar hutang seseorang individu. Sekurang-kurangnya pihak institusi kewangan tidak sewenang-wenangnya menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan yang sedap didengar hanya untuk melariskan produk mereka sahaja. Natijahnya, orang ramai juga yang menanggung hutang sehingga ada yang jatuh muflis dalam usia yang sangat muda.
 
 

Jumaat, 24 Februari 2012

Forex >>> Halal, Harus atau Haram (Bhgn. 2)

Salam Trader, yg ni aku baca dlm FB. aku copy paste utk tatapan semua. semoga kita jumpa jln penyelesaian dlm isu ini, insya'Allah. jom baca...

Pandangan Forex oleh Ustaz Sobri...

Dalam perniagaan samada online atau offline, target utama seseorang itu adalah untuk mendapat profit atau keuntungan lagi banyak lagi bagus. Kadang-kadang dek kerana keghairahan untuk memaximumkan keuntungan ramai antara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan utama penilaian serta kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada membuat kebajikan.

Dalam menentukan halal dan haram sesuatu perkara bukan hanya dengan congakan dan agak-agak saja. Sejak akhir-akhir ini pelbagai bentuk perniagaan dan peluang pendapatan muncul dalam bentuk online antaranya hyip, autosurf, matrix sistem, forex dan sebagainya. Dalam usaha untuk memberi pandangan terhadap sesuatu sistem baru maka 'alim 'ulamak terpaksa membuat kajian terhadap nas-nas umum dari al-quran dan hadis serta melihat apakah ada di sana sebab kiasan yang boleh disandarkan untuk menetapkan sesuatu hukum.

Saya ringkaskan dahulu supaya mudah difahami.
Forex adalah suatu perniagaan berbentuk pertukaran nilai sesuatu mata wang dengan mata wang yang lain. Nilai sesuatu mata wang bertukar menjadi tinggi dan rendah atas beberapa faktor termasuk ekonomi, politik dam kestabilan sesebuah negara. Kecanggihan dunia IT dan telekomunikasi hari ini menjadikan perniagaan mata wang adalah yang tersibuk didunia. Sebab itu kadang-kadang dalam masa beberapa saat saja nilainya boleh berubah dan memberi kesan untung/rugi kepada pedagang/trader.

Beberapa perkara perlu dilihat sebagai asas penilaian kita terhadap forex:

1. Akad. Dalam islam akad jual beli perlu antara kedua-dua pihak. Bentuk persetujuan ini sebaiknya melalui lafaz antara keduanya. Walaubagaimanapun dengan perkembangan hari ini bebrapa pendekatan yang diharuskan dalam Islam sebagai tanda persetujuan seperti penerimaan resit dan no id payment yang menunjukkan pengesahan berlakunya akad jual beli antara kedua pihak. Dalam forex ini secara asasnya semasa sell/buy telah berlakunya akad jual beli ( real time ) seperti yang terpapar kat akuan info dalam bentuk no id payment. Maknanya sudah berlaku jual beli disitu dan tidak ada keraguan lagi ianya adalah real time dalam perniagaan pertukaran mata wang ini. Adapun sell dulu adalah merupakan istilah saja. Sebenarnya sell juga bermakna kita membeli tapi pada nilai harga yang rendah untuk kita jual nanti bila berlaku kenaikan nilai mata wang tersebut.

2. Berkaitan keuntungan yang diperolehi dikategorikan sebagai riba nasiah ( disebabkan penangguhan ). Kat forex ni keuntungannya bukan disebabkan oleh penangguhan tetapi disebabkan oleh perubahan nilai. Riba nasiah bermaksud anda memberi pinjaman kepada seseorang dan orang tersebut perlu membayar balik dalam tempoh tertentu dengan ada penambahan beberapa persen atas kadar pinjaman tersebut seperti yang berlaku dikebanyakkan bank di Malaysia hari ni. Jadi hujah menyatakan forex ini adalah haram kerana ada unsur riba nasiah yg berpunca kerana penangguhan adalah tidak tepat.

3. Berbalik kepada open pending nak disamakan dengan seperti membeli ikan di air atas alasan suatu yang tak pasti adalah juga kurang tepat. Open pending stop/limit adalah seperti kita mem'booking' pada price tersebut kerana kita ingin membeli diwaktu tersebut. Maknanya ianya hanya tempahan dan jual beli yang sebenarnya berlaku ketika touch price tersebut barulah kita akan mendapat id payment dalam akaun kita menunjukkan tika dan saat itu sudah berjalan jual beli tersebut.

4. Berkaitan kenyataan yang menyatakan pendapat fatwa majlis agama Islam negeri Perak dibawah pimpinan Datok Harussani hanya pada forex yang ada panel syarak saja. Rasanya pendapat itu perlu diperhaluskan. Secara asasnya tidak ada dalil atau nas yang menyatakan bahawa perlu ada panel syarak barulah sesuatu perniagaan itu sah dan halal. Tidak ada. Dalam Islam ada 2 asas utama untuk menentukan sesuatu muamalah atau perniagaan itu sah. Pertama tidak melanggar syarak dan kedua niat yang ikhlas. Di Malaysia terbentuknya panel syarak adalah desakan daripada rakyat untuk memastikan setiap urusan perniagaan perlu diawasi supaya menepati syarak. Berkaitan forex ni platform kebanyakkannya adalah orang barat mana nak ada panel syarak. Kalau macam tu kita tak boleh niaga langsung dengan orang barat sebab mereka tak ada panel syarak. Bukan niat untuk mempermudahkan sesuatu perkara. Tanggungjawab kita sebelum berurusan dengan orang samada Islam atau belum Islam ialah memastikan apa yang kita nak berurusan tu adalah tidak melanggar syarak. Kalau ada di sana panel syarak bagi syarikat tersebut lebih baik dan kalau tidak ada bukan bermakna tak boleh, cuma teliti dulu. Saya rasa cukup dulu untuk kali ini.

Aku Seorang Trader: Siri 9

Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang... antara perasaan aku ketika ini. agak luruh hati nurani bila baru2 ini majlis fatwa kebangsaan (MFK) mewartakan spekulasi matawang asing (forex) itu haram. aku percaya ramai trader yg dh lama dlm bidang ini merasa lebih dr apa yg kurasa ketika ini. ialah kan ada yg diantara mereka sepenuh masa di dlm bidang ini, punca rezki mereka semata2 dr trading sahaja.

seminggu aku dlm delima, lemah lutut ni aku rasakan. kekuatan semangat aku terus menurun, masuk kelas revision pun hilang rasa 'lapar'. serba salah aku dibuatnya, mcm2 tempat aku dh merujuk. dan mcm2 pendapat dan pandangan yg aku lihat. kekadang kelakar juga dgn mereka2 ni, pasal fatwa ni pon masih ada yg nak kaitkan dgn hal2 politik semasa. entah lah, tak tefikir ke diorang yg bermuzakharah tempoh hr tu tergolaong dr ulama2, dr ahli2 bijak pandai... apakah mereka sekadar memutuskan sesuatu sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja? tepuk dada tanyalah selera :)

aku seorang trader yg setahun jagung kalau nk dibandingkan dgn mereka2 yg lain, trading aku pun pasang surut mcm air laut. tp sejak aku kenali forex ini aku mula tertawan, tanam azam utk menjadikan forex salah satu sumber pencarian aku. tp tak seindah yg dirancang, aku terima seadanya. akur dgn keadaan semasa. dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. dimana aku berada, ulama2 disitulah yg jd 'guide' aku....

aduuuhhh hai... kekadang mcm nilah aku, mengekuh panjang. sampai aku pun tak tau apa nak dikeluhkan lg. dlm berbincang mengenai fatwa ni, aku terdedah pula dgn CPO/FCPO. bidang berlainan tp masih guna pakai ilmu sama, yg setahu aku masih boleh trading. wowooww!!!... sapa ckp ilmu yg aku belajar sebelum ni sia2, so kalau aku boleh fikir utk menceburi bidang ini apatah lagi mereka2 yg dh lama dlm market ni. CPO/FCPO ni aku dengar dan baca2 jer, tak pernah terfikir utk kenalinya secepat ini.

insyaAllah aku akan hadiri satu kursus (coaching session) utk mengenali dunia CPO/FCPO ini. emmm... kalau dulu aku nak dikenali dgn forex trader, sekarang nak bertukar arah ke CPO/FCPO trader pula. rezki tu ada di mana2 bro... dimana ada kemahuan, disitulah ada jalan kan... apa2 pun byk usaha yg perlu aku lakukan ni, mula semula dr bawah tp tetap tak mematahkan semangat aku... apa yg peting? DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal)... :)

Selasa, 21 Februari 2012

forex >>> harus , halal atau haram

Salam santai, rata2 ramai trader ada dengar perkabaran dibuat pd 2 hr yg lepas. Majlis Fatwa Kebangssan sebulat suara memutuskan spekulasi mata wang (forex) adalah haram, haram buat individu manakala dibenarkan pd institusi2 kewangan seperti bank2 dan moner changer. Itu pun setelah diterangkan semula oleh pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukur Husin, setelah kenyataan beliau disalah tafsir oleh pihak2 tertentu. katanya lah... :)

Dr petikan berita tersebut:
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa.  Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi."Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.


Perkara ni sudah lama ceritanya, dah pun dibincangkan dr dulu2 lg. dulu dibenarkan, kemudian diharuskan... kini diharamkan pula. So... apa kata korang??? mari kita fikir dan renungkan perkara ini... :)

P/S: nanti aku ulas lanjut yer... hehehe

Khamis, 16 Februari 2012

Forex adalah Haram

Salam Santai,
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah wartakan Forex adalah haram. Mungkin ramai yg terkejut, dah tahu atau buat2 tak tahu tentang perkara ini. Apa2 pun keputusan nya akan aku ulas sedikit masa lagi.



p/s: masa utk melangkah dlm dunia FCPO/CPO pulak kot hehehehe... rezeki ada dimana2, kita cuma perlu berusaha aje.... :)

Ahad, 12 Februari 2012

Aku Seorang Trader: Siri 8

Nota: Aku menulis blog ni di mggu maulidur rasul tempoh hr, tp terhenti oleh sebab2 tertentu, dan aku disambung smula pd hr ini... :)

masih blum terlambat utk aku ucapkan salam Maulidur Rasul... selawat ke atas rasul junjugan kita. byk ikhtibar dan panduan boleh diperolehi dr perjalanan hidup baginda. baginda seorang yg tabah dlm menyebarkan agama islam malah bijak pula dlm mengawal apa jua cabaran yg kunjung tiba. jika diamati dan diselami, seorang trader guna perlu sikap2 ini. seorang trader perlu sabar dan bijak dlm mengahadapi ujian. ketika ini aku bercuti di cameron, di saat merehatkan diri dm suasana nyaman + sejuk2 ni aku melayarkan fikiran meratapi perjalan aku setahun sudah sebagai seorang trader.

aku rehat 2 bln dr market, dr awal dis'11 ke jan'12 dan hinnga ke hr ini dan di thn baru ini aku masih belum lg masuk semula trade. bkn bermakna aku terus lupakan market, aku masih memrhatikan market seperti biasa cuma tidak sekerap seperti sebelumnya. mana mugkin mata ni lelap jika tak tengok chart2 yg ada tu hehehe... benar forex bknlah satu2 nya sumber aku peroleh/menjana duit saat ini, dan tak mustahil juga forex akan menjadi satu2 nya lubuk duit aku nnt. dlm mencari arah ni bukan satu perkara yg perlu dipandang remah. seorang trader perlu ada ilmu, punyai keyakinan dan bertindak dgn bijak.

dlm perjalanan blk kg mlm td, mcm2 aku fikirkan. terutama tentang diri aku, kemahuan aku dan hala tuju aku sendiri. yelah... kalau nak dikira aku bekerja mkn gaji, perolehi gaji yg agak lumayan yg mugkin kebanyakkan org tidak akan menyagkanya. kalau (perkataan yg slalu kita gunakankan hehe) dr dulu dah tahu uruskan kewangan ni, agak2 nya sekarang ni berapalah aset aku kan... tapi aku juga seperti manusia2 yg lain, punyai nafsu dan mugkin alpa dlm kemewahan duniawi :P.... sesekali dlm terdetik juga dlm hati utk kluar dr kemelut duit ini (walhal aku tak ada masalah besar pon dgn hal2 berkaitan duit ni), nk bebas dlm melakukan sesuatu tanpa terikat dgn masalah duit... smua org pon sama, mana ada org yg nak susah kan....

oleh sebab itulah juga aku giat melabur dlm apa jua peluang yg ada. teringin utk punyai lebih byk masa di rumah, nak luangkan masa dgn keluarga dan yg paling penting ada masa yg selesa utk melakukan ibadah. dulu2 org tua kita bukan kerja jawatan besar mana pon, tp masih mampu menampung kehidupan serba sederhana dan menyekolahkan deretan anak2 yg ada. emmm... dr sini ku nampak, 'hidup sederhana' kunci utama utk bebas kewangan. hidup sederhana sama jugalah dgn hidup di bawah kemampuan (kata2 hikmat Azizi Ali).

apa lg yg perlu aku buat, aku sudah jejkkan kaki ke dunia penu pancaroba ini. setahun aku bergelumang dlm forex, jatuh bangun aku dah tempuh. ya aku seorang trader, dan utk selamanya selagi ada kudrat ini. aku akan jadikan forex ini satu 'bisness' dan 'lubuk duit'... kerna aku percaya, dgn perniagn inilah yg akan beri aku lebih masa dgn kluarga, lebih masa utk beribadat... insyaAllah. korang mcm mana??? carilah jln sendiri, yg sesuai dgn jiwa dan kemampuan... sama2 kita berubah

Khamis, 26 Januari 2012

back to bizznesss....

salam santai... wah lama tinggal blog ni, langsung tak jengah dlm 2 mggu ni... rinduuu bangat rasanya :). pe habaq hangpa2 smua?... aku? mcm ni jerlah, yg janggal nyer cuma 2-3 kali je dlm 2 minggu lepas ni layan market. tu pun tengok jer, tanpa ada perasaan pon hehehehe... busy sesangat derrr, byk urusan yg nk dibuat.

dlm pd tu aku terima satu message dlm inbox FB, dr cikgu kamal (benar donggg ???) menanyakan khabar aku. terharu rasanya, wat teman2lain yg sealiran jgn jeles aaaaa.... hehehehe :). insyaAllah akan kembali aktiv dlm komuniti dlm bln februari ni semula... mau nyer, tangan ni dah start gigil2 coz dah lama tak trade tu. malam2 tido pon kene kacau ngan bunyi market... fuhhh lambat laun korang tau ler camne prasaan nyer nnt.

yg terkini dan terbaru lg sensasi nyer, aku baru masuk ar-rahnu lg. let go 80gram 'ikan keli', yg ni pon JV secara tak langsung hehehehe. emas kembali diparas landai setelah berhempas pulas berada di puncak sejak hujung thn lepas. ramai yg tanya, mugkinkah akan kembali naik seperti dulu (sekitar bulan 8 ke 10 thn lepas) atau mungkin lebih tinggi... jawapan aku tetap tak tahu. sebab bukan aku yg control natang omeh ni hahahahaha. aku pon cam korang jer wey, yg lebih nyer aku ikut rapat sket En. Soros tu... tu aje :P.

hari ni ada terbaca kat fan page FB pasal sorang brader ni, katanya dulu modal usd1,000 jer la ni dah meningkat ke usd46,000... woowwwooo banyak tu, pakcik kayo!!! ni yg bakar lg semangat nih, kalau dia boleh mengapa aku tak boleh. kalau dia bleh jana sebanyak tu, aku yakin akan buat lebih dr tu. korang yakin tak??? mana mugkin pak... kalau keyakinan tak ada susah ler nak bina keyakinan diri hehehe.

2012 ni thn utk kumpul modal... thn utk 'mati'kan hutang2 yg tak perlu. bila dh ada modal tak kira apa jua bisnes atau urusan akan lebih mudah dilaksanakan. ada betul...? :)

Ahad, 8 Januari 2012

Aku Seorang Trader: Siri 7

semakin selesa dgn trading style yg satu ni, confident level dah makin tinggi. tu pun dek kerana latihan yg bertubi-tubi di akhir2 thn yg sudah. benar aku 'musnah'kan satu lagi account forex yg sedia ada :P. di waktu ni aku mempunyai 2 account forex dgn 2 broker yg berbeza. yg pertama aku buka diawal thn manakala account yg kedua aku buka setelah mengikuti satu komuniti forex yg aku rasakan antara yg terbesar di negara ini.

cikgu selalu pesan mahirkan dulu guna demo account sebelum berarah ke real account. tp biasa lah kan kita ni manusia biasa, sedikit rasa geram dan gelojoh dlm diri ni hehehe... yg terbaru aku dh letupkan account mini aku, USD250. mana taknya bila aku berlatih dgn real account aku berasa serius dan berdebar-debar bila masa trading. perasaan ini yg tidak ada semasa guna demo account. tp alhamdulillah dgn usaha yg tak putus ini aku mampu menguasai ilmu yg ada (walaupun masih muda dlm perjalanan forex aku). dan kini aku mampu mengawal emosi dan meningkatkan keyakinan diri aku dlm forex.

thn 2011 merupakan thn yg penuh pancaroba, di thn ini jua lah aku mengenali forex dgn mendalam. kredit buat saudara shufaad, bro amirul dan buat cikgu kamal. mereka antara insan2 yg bertanggungjawab membawa aku menyelami dunia forex. mengajar aku meredah lautan forex... mengajar bertindak bilakala ombak besar menyerang sementara aku melayari lautan forex ini. thn 2012 adalah thn yg sebenar utk berdagang, segala urusan 'perniagaan' aku dlm forex akan teruji pd thn ini. sehebat manakah bisnes aku dan sehebat manakah utk aku buat duit dlm forex???

bila kita belajar, kita perlukan seorang guru. bila kita berilmu, kita perlu diuji utk membuktikan sejauh mn ilmu itu. dan dlm forex, ujiannya sudah tentu seberapa byk kita boleh but duit. inilah ujian sebenar aku... matlamat aku jelas, aku ingin 'berniaga' dlm forex. betul aku juga akan tumpukan 2-3 pelabuarn yg lain juga, tp forex yg paling utama diantaranya. buat traders mereka sudah tahu, 95% dr golongan forex itu adalah org2 yg gagal menempuh arus forex ini. hanya sebilangan 5% sahaja yg berjaya melepasinya. aku mahu berada di dlm kelompok 5% ini... dan aku yakin akulah salah seorang dr mereka.

lambat atau cepat itu satu perkara,  tapi jika kita ada minat dan usaha serta tak putus2 berjuang utk maju itu yg palinh utama. benar forex belum membuahkan hasilnya buat aku, tak mengapalah kerana aku percaya akan tiba masa dan ketikanya stu hari nanti forex akan aku kuasai dgn mudah. buang jauh2 sifat mudah putus asa ini, jika account pertama gagal aku akan buka yg kedua. jika kedua masih gagal aku akan buka yg ketiga pula... dan seterusnya hingga aku berjaya. betul ilmu dan pengalaman itu bukan murah, inilah yg perlu aku bayar utk berjaya.

permulaan tahun ini, minggu lepas aku ada mengikuti market. dgn teknikal analisis yg dibuat aku punyai andaian kuat yg market EU dan GU akan jatuh. benar analisis aku itu, dan hasilnya aku senyum melebar bila aku semak kembali mrket pd jumaat mlm yg lepas. jika diunjurkan agak2 nya 400 pips dlm tgn tu hehehehe. insyaAllah dlm masa terdekat ni aku akan nasukkan semula fund dlm account forex aku. kali ini fund yg ada agak besar, jika mengikut segala perancangan thn ini thn aku memulakan 'perniagaan' aku dlm forex... kita hanya merancang, tuhan yg akan menentukannya, InsyaAllah...

Selasa, 3 Januari 2012

update buku

Salam santai... apa cerita ni, pagi2 ni dah terpacak depan pintu bank hehehe. maklumlah hari ni dah 3hb kan, hari pertama buat kaki2 ASB update buku... nak tengok berapa dviden + bonus yg dapat. yaahuuuuu... pakcik kayo hehehehe. apa2 pun jgn kita lupa mengucap syukur kp Allah kerana rezki yg diterima.

ok, bonus dah ada. buat penerima bonus yg kerja mkn gaji mcm aku (aku pun tak tau lg ada ke tak bonus thn ni :P) ditambah pula dgn bonus dari pelaburan kita, mak oiii dlm setahun dapat 2 kali bonus tu. Woowwii sapa nak bagi kan hehehehehe. ni lah kan, tak susah mana pun nak labur dalam ASB ni mcm2 cara ada tapi masih ramai yg aku kenal masih samar2 tentang ASB ni. agak sedih sebab pelaburan ni terbuka hanya buat bumiputera, tapi ada lg yg belum nampak apa kelebihan yg ada pd ASB.

bila dah ada duit tu jgn lupa, jgn enjoy yg bukan2 der... ingat dr dividen tu boleh tambah lg pelaburan yg sedia ada. sama ada kita biarkan sahaja kat dlm ASB tu, atau pun melabur ditempat lain atau pun melabur dlm emas & perak terpulanglah. yg penting dividen yg dapat tu adalah bonus diatas usaha pelaburan kita. faham2 aje lah di awal2 thn ni memang banyak nak guna duit lebih2 lg buat yg sudah punyai anak2 yg bersekolah.

aku belum lg pergi update buku ASB, bagi aku cepat atau lambat update duit bonus yg ada akan digunakan hanya bila perlu. byk yg dah aku rancang sempena thn baru ni. perlu disemak kembali pelaburan emas aku tahun sudah, perjalanan forex aku perlu dikaji semula... insyaAllah thn ni akan ditambah melabur dlm KPF (nilah kelebihan anak FELDA), cuba memaksimumkan ASB yg sedia ada. ditambah lg perancangan utk masa hadapan keluarga, akan melibatkan isteri dlm satu dua pelaburan yg sedia ada :)

dlm pelaburan ni tak terbatas utk sesuatu pelaburan sahaja, terpulang kepada individu dan potfolio kewangan masing2. kadang2 nak bg nasihat pun bukan senang, sebab lain org lain keadaan kewangannya. yg boleh aku buat hanyalah beri satu dua cara, cuba membuka jalan yg selama ni mungkin ramai yg tahu tapi tak pernah ambil peduli. kadang bila peluang depan mata ni kita perlu cepat ambil peluang, paling penting kita buat biar pun lambat atau cepat. sekurang2 nya dapat juga merasa hasilnya nanti... bak kata pepatah biar putih mata jgn putih tulang. alang2 menyeluk biar sampai sampai lengan, alang2 mandi biar basah... alang2 melabur biar sampai berhasil.

oklah sembang2 kita sampai sini ajelah kali ni... yg ni sembang2 pembukaan thn baru hehehehe. yg mengikuti perkembangan trading aku, nantikan siri terbaru Aku Seorang Trader. segala perjalanan 'real' trading aku akan dikongsi bersama.... chow :)

Isnin, 2 Januari 2012

tahun baru... azam baru... buku baru...

Assalamualaikum... salam santai, salam tahun baru. rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan selamat thn baru buat warga sembang santai khususnya dan buat semua. Alhamdulillah selesai sudah 'sibuk' aku 2-3 minggu ni, ada sesuatu yg 'special' buat aku perlu dilaksanakan. syukur semua selamat dan berjlan seperti yg dirancangkan walaupun segala-galanya dirancag dlm pd waktu yg singkat.

aku juaga seperti korang, mempunya cita-cita dan azam, punyai impian di dlm hidup. seperti biasa setiap kali tiba thn baru, bederet-deret lah list yg nak 'di'list'kan hehehe... tp pernah ke kita terfikir atau cuba mengingati senarai2 'wish liast' kita tahun sebelumnya. adakah dah tertunai semua impian/azam kita, adakah kita berjaya melaksanakan dgn jayanya, adakah berbaloi azam kita tu.... renung2kan lah yer :)

bagi aku mudah, mudah buat thn ni. impian aku memperbaiki diri, kewangan, pengetahuan aku... berazam maju dlm bdg trading aku... dan paling utama membuka 'buku baru' dlm lembaran hidup aku, segala-galanya utk 'hati baru' aku.... :). simple & mudahkan jer bunyi nyer, tp itulah cabaran utk aku thn ni. so, mcmne ngan korang? aku percaya korang dah ada pun list2 korang sendiri kan, sama seperti aku korang juga punyai impian utk laksanakan dgn jaya utk sempena thn baru ni kan... good luck :)

jika sebulan kebelakangan ni aku tenggelam timbul dgn tulisan aku, di thn baru ini aku akan cuba menulis sekerap yg mungkin. akan cuba berkongsi segala ilmu yg ada utk memertabatkan bangsa aku sendiri, tak ke mana ilmu ni kalau aku tidak berkongsi. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Nya. semoga keikhlasan aku ni diberkati, aku benar2 ikhlas, aku benar2 ingin sama mengajak teman2 semua maju... Haiya alla Fallah!

rasanya... sampai setakat ni buat kali ni, semoga menjadi permulaan yg baik utk kita buat thn baru ni. aku akan update trading aku sebanyak yg mungkin, thn ni aku akan serius dlm trading, aku akan kembang kan 'bisnes' aku ni. trading is trading... business is business, nothing else. once trading, forever trading :)